Saya Tak Nak Jadi PM, Tapi Ramai Orang Minta Saya Jadi PM Semula – Mahathir

- Advertisement -

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri buat kali ke-3 walaupun ingin membantu Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam temu bual dengan laman Asia Times, beliau berkata, itulah isu utama di sebalik pertikaian mengenai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), bukannya kerana kesangsian terhadap bekas timbalannya itu.

Beliau berkata, presiden PKR itu tidak lagi popular seperti dulu dan PH akan gagal untuk kembali menjadi kerajaan sekiranya Anwar merupakan calon perdana menteri gabungan itu.

“Ramai orang merasakan sekurang-kurangnya saya patut kembali buat seketika. Saya tiada keinginan untuk kembali,” katanya. “Maksud saya, kembali buat kali ke-3 itu agak keterlaluan.

“(Anwar) ada sokongan, saya setuju. Tetapi ada pihak tertentu yang sangat kuat menolak beliau, hinggakan jika beliau dicalonkan, mereka tidak akan beri sokongan.”

Beliau berkata, PH memerlukan “bilangan penyokong yang agak ramai daripada parti pemerintah” untuk mencukupkan majoriti, dan bimbang gabungan itu mungkin tidak akan mendapat sokongan yang perlu jika bergantung kepada Anwar semata-mata.

“Saya ingin menolongnya.”

Mahathir, yang merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan 2018 hingga Februari tahun ini, berkata penggantinya, Muhyiddin Yassin sudah “agak diktator” sejak menjadi perdana menteri.

Mahathir mendakwa Muhyiddin melantik dan mengetepikan orang tanpa mengikut undang-undang, seperti penyingkiran beliau dan 4 ahli Parlimen lain daripada PPBM.

Beliau juga mendakwa pentadbiran Muhyiddin membuat beberapa pelantikan politik ke agensi berkaitan kerajaan untuk menghapuskan sebarang penentangan.

Sekiranya PH berjaya mengambil alih Putrajaya katanya, gabungan itu akan mengkaji balik pelantikan tersebut yang didakwanya menterbalikkan usaha PH melantik ahli profesional ke jawatan itu.

Ketika ditanya apakah pengakhiran pilihan raya kilat sekiranya ia diadakan minggu depan, Mahathir berkata Muhyiddin mungkin akan kalah kepada Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Bagaimanapun ini bergantung kepada keputusan kes mahkamah Najib, katanya.

Mahathir juga berkata, Muhyiddin berada dalam dilema berhubung Najib kerana beliau memerlukan sokongan bekas perdana menteri itu untuk mengekalkan Perikatan Nasional (PN) di Putrajaya, tetapi berdepan risiko kepimpinannya terjejas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat