Anang Hermansyah jual rumah RM10.5 juta

- Advertisement -

PENYANYI, Anang Hermansyah mengambil keputusan menjual kediaman mewah beserta perabot bernilai RM10.5 juta.

Menurut agen hartanah yang bertanggungjawab menguruskan penjualan itu, Ray White Cipete berkata, kediaman  yang terletak di kawasan Cinere, Jakarta Selatan itu berkeluasan 1500 meter persegi.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram agen hartanah itu, dipaparkan keseluruhan ruang dan isi rumah itu.

Ia mempunyai lapan bilik tidur, lapan bilik mandi, tambahan tiga bilik tamu, kolam renang, teater mini, perpustakaan mini, gimnasium dan taman.

“Yang beli nanti akan terus terkenal,” tulisnya.

Difahamkan Anang menjual rumahnya lengkap dengan seluruh perabot termasuk kerusi, meja, lampu gantung yang mewah dan piano. Ia sudah termasuk dalam pakej penjualan.

ANANG dan Ashanty bersama dua anak.
ANANG dan Ashanty bersama dua anak.

Anang dan keluarganya hanya membawa keluar koleksi peribadi dan beberapa barang dari studio rakaman. Selebihnya diserahkan kepada pemilik baru.

Rumah itu didiami Anang bersama isteri, Ashanty dan empat anak mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat