Jangkitan Covid-19 Reda Di Eropah, Di Seluruh Dunia Semakin Teruk – WHO

- Advertisement -

BRUSSELS – Walaupun wabak Covid-19 semakin reda di Eropah, tetapi jangkitan semakin teruk di seluruh dunia.

Jumlah jangkitan koronavirus baharu itu dijangka mencapai 10 juta minggu depan dengan angka kematian 500,000, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dr Tedros berkata, beliau tidak pasti sama ada para saintis dapat mewujudkan vaksin bagi Covid-19, tetapi mereka mungkin memerlukan satu tahun untuk menciptakannya.

Bercakap melalui sidang video kepada Timbalan Jawatankuasa Kesihatan Parlimen Eropah, Dr Tedros berkata, jika penemuan vaksin itu menjadi kenyataan, ia sepatutnya tersedia kepada semua.

“Ia sangat sukar untuk menyatakan secara pasti bahawa kita akan mempunyai vaksin.

“Kami tidak pernah memiliki vaksin untuk koronavirus. Jadi kita berharap ia dapat ditemui, ia akan menjadi yang pertama,” katanya.

Tambah beliau, WHO sudah mempunyai lebih dari 100 calon vaksin, yang mana salah satunya berada pada tahap perkembangan yang maju.

“Berharap akan ada vaksin, dianggarkan mungkin dalam setahun. Jika cepat, mungkin dalam beberapa bulan. Itu yang dimaklum oleh saintis,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat