Tak Fikir Soal Politik, Rakyat Sudah Muak – PM

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

12 Kematian, 3,170 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Khamis, dengan kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor...

Hantar Surat Bukan Tindakan Ingkar, Hanya Minta Dikaji Semula – Ahmad Jazlan

CYBERJAYA - Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaakub menyifatkan tindakan Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat...

Kuala Lumpur – Rakyat sudah muak dan tidak mahu dengar tentang soal politik sebaliknya hanya mahu tahu apa yang kerajaan lakukan untuk menangani penularan pandemik koronavirus (Covid-19) dan memulihkan semula ekonomi negara.

Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata, amanah dan tanggungjawabnya adalah bagi memastikan segala urusan pentadbiran kerajaan berfungsi dengan baik dan melaksanakan tugas seperti dimahukan rakyat.

“Dalam keadaan sejak saya duduk di kerusi Perdana Menteri, saya tidak fikir soal politik, soal pokok sekarang ini rakyat tidak mahu dengar dah dan sudah muak dengar cerita-cerita politik.

“Yang mereka hendak tahu apa kerajaan buat, apa Perdana Menteri atau jemaah menteri dan pentadbiran kerajaan pada hari ini laksanakan untuk menangani isu penting yang sedang mereka hadapi.

“Sebab itu saya tidak pun dalam mana-mana kenyataan sebelum ini hatta sekarang ini hendak mengulas soal-soal berkaitan politik, nanti orang kata soal Covid-19 tidak selesai, dia cerita soal parti dia, dia cerita soal gabungan dia, keabsahan dia, ini rakyat tidak berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual khas selama 45 minit bersama Perdana Menteri Malaysia Kelapan yang dikendalikan penyampai RTM, Zaleha Khairene Ismail dan penyampai Astro AWANI, Essan Yahya.

Muhyiddin tampil buat kali pertama dalam temu bual yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen malam semalam, selepas memegang tampuk pentadbiran negara pada 1 Mac lalu.

Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan menyedari bahawa langkah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan besar kepada rakyat apabila negara mengalami kerugian dari segi ekonomi sebanyak RM2.4 bilion sehari.

“Jelas terbukti bahawa dalam sehari perniagaan kita tidak berjalan, kita rugi RM2.4 bilion. Cuba kira berapa hari sudah kita kenakan PKP ini, tetapi perkara penting ialah kita hendak mengawal wabak ini tidak berjangkit dan merebak kepada satu jumlah yang berpuluh ribu atau ribuan mati di sesetengah negara.

“Kita tidak ada pilihan untuk melakukan PKP tetapi kesan kepada ekonomi amat buruk sekali, kita tahu perniagaan kecil rugi besar, perniagaan sederhana, kilang-kilang, perniagaan mikro dan sederhana semua terkesan dan tidak boleh beroperasi,” katanya.

Katanya, jika negara tidak melaksanakan perkara itu maka ekonomi yang telah dibina sejak enam dekad lalu akan runtuh dan musnah.

“Saya sudah ingatkan kepada Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) kalau kita lewat sebulan dan tidak ada langkah kita mulakan maka semua sistem ekonomi kita akan rosak agak besar.

“Sebab itu, kita ambil langkah agak berani yang tidak pernah berlaku sebelum ini walaupun menteri kewangan kita baru dan apabila dia masuk saya minta segerakan kerja itu dalam tempoh dua minggu.

Muhyiddin berkata, justeru terbentuk pakej rangsangan bernilai RM250 bilion dan selepas itu ditambah RM10 bilion untuk fasa kedua.

“Tujuan kita bukan untuk apa ialah supaya kedudukan ekonomi kita jangan sampai teruk sekali, ini pun untuk pakej rangsangan untuk melegakan pada satu jangka yang tidak terlalu panjang dalam tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...