Bahan Pencuci & Covid-19: Trump Dituduh Menyorok Dari Wartawan

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Selepas insiden memalukan pada Khamis bila Presiden Donald Trump mencadangkan penggunaan produk pembersihan sebagai cara untuk mengatasi virus Covid-19, beliau dilihat seakan cuba mengelakkan diri dari wartawan apabila memendekkan ucapannya semasa sidang media harian mengenai Covid-19 pada hari Jumaat dan tidak mengadakan sidang media langsung mengenai perkara sama semalam, lapor CNN.

Setakat ini sudah 53,683 orang telah mati akibat daripada Covid-19 di Amerika Syarikat dengan jumlah kes yang disahkan, semakin menghampiri angka 1 juta orang (953,567).

Tindakan Trump ini mengundang kritikan banyak pihak termasuk dari saluran berita yang sebelum ini sering menyokongnya seperti Fox News.

Wartawan CNN seperti Wolf Blitzerr umpamanyanya, menyifatkan Trump sebagai pengecut dan berkata “dia (Trump) berkemungkinan takut” dengan soalan bertalu-talu wartawan mengenai “pembohongannya” pada Khamis mengenai penggunaan bahan pencuci tersebut.

Bercakap tentang perkara tersebut, ada usaha dari Rumah Putih untuk memindahkan kerusi wartawan CNN di bahagian depan, ke bahagian belakang sebelum sidang media pada hari Jumaat. Tindakan itu bagaimanapun dibantah oleh wartawan Kaitlan Collins yang mewakili CNN di sidang media berkenaan.

Trump bagaimanapun semalam menyatakan bahawa kenyataannya itu hanya berbentuk “sinikal” semata-mata dan tidak mengubah hakikat bahawa bahan pembersih, membunuh virus itu dipermukaan (kulit).

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat