Beri kupon komputer riba bantu pelajar ikuti PdPR – Shahril Hamdan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan boleh menyediakan kupon subsidi untuk pembelian komputer riba bagi meringankan beban pelajar yang tidak berkemampuan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata isu PdPR kini mendominasi perbincangan masyarakat terutamanya di kalangan B40 dan M40 yang menzahirkan kekangan untuk menjalaninya termasuk ketiadaan komputer riba, peranti atau data tidak mencukupi.

“Pelbagai usaha dilaksanakan, baik Ebit Lew (Pendakwah) , Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) atau Ngo-Ngo tertentu, banyak pihak bukan kerajaan turut membantu meringankan beban pelajar.

“Kunci untuk menangani cabaran PdPR ini ada di pihak kerajaan, mustahil Ngo, parti politik atau orang persendirian boleh sediakan komputer riba untuk semua yang memerlukannya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurutnya, kerajaan boleh menyediakan peruntukan untuk kupon subsidi bagi pembelian komputer riba contohnya RM1,000 bagi B40 dan RM500 untuk M40.

“Malaysia ada hampir 4.8 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dan kerajaan boleh belanja dengan menyediakan kupon subsidi hanya untuk beli komputer riba sahaja.

“Jika digunakan secara total pun, jumlah belanja adalah RM3 bilion, tak sampai satu peratus Belanjawan 2021. Baik kupon fizikal mahupun e-wallet, kedua-duanya boleh dipertimbangkan,” katanya.

Shahril berkata, pembelian komputer riba itu juga tidak perlulah dikenakan spesifikasi ketat dan proses perolehan rumit.

“Biar pelajar atau ibu bapa yang putuskan ‘device’ apa yang mereka mahu beli, selagi ia memadai untuk PdPR.

“Kupon atau baucar itu juga akan menambah kitaran belanja dalam ekonomi negara,” katanya.

Menurutnya, dalam Belanjawan 2021 kerajaan memang ada mengumumkan mengenai sumbangan 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif CERDIK, namun ia tidak mencukupi.

“Soalnya adakah 150,000 komputer riba ini berasaskan kajian tentang jumlah pelajar dan isi rumah yang memerlukannya untuk PdPR.

“Kajian Kementerian Pendidikan sendiri tahun lepas membayangkan 37 peratus pelajar tidak ada sebarang peranti elektronik dan di kalangan yang ada peranti pula kebanyakannya adalah telefon pintar dan bukan komputer riba/tablet.

“Andaian saya, 150,000 komputer riba tak cukup,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat