Ismail Sabri Patuh Ketetapan Parti Dan YDPA

- Advertisement -

Cakap-cakap orang yang cuba mengaitkan DSIS dengan Muhyiddin atau Perikatan Nasional adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin tiada modal bagi melemahkan keteguhan Barisan Nasional atau mungkin sengaja menyuntik sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat.

Apa pun sebabnya, DSIS selaku pemimpin utama UMNO tidak pernah sekali pun mengenepikan ketetapan parti dan juga titah YDPA bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ketetapan parti sebulat suara telah memutuskan untuk menjunjung titah YDPA dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN. Pendirian ini jugalah yang setia dipatuhi DSIS.

Mungkin perjumpaan beberapa pemimpin BN bersama PN telah dijadikan modal buat mereka meyakinkan masyarakat DSIS telah berpaling tadah dari BN. Hakikatnya, perjumpaan tersebut adalah sekadar menghormati pelawaan PN bagi membincangkan pembentukan kerajaan. Menghormati pelawaan tidakpun bermakna mengenepikan pendirian beliau sebagai seorang pemimpin utama UMNO dan BN.

Betapa perjumpaan tersebut tidak menggugat pendirian BN apabila kenyataan media yang dikeluarkan secara rasmi telah jelas menafikan kerjasama semua ahli parlimen BN dengan PN. Ternyata Muhyiddin dan PN telah tersilap mengatur langkah. Disangka mereka pemimpin UMNO dan BN ini tergilakan jawatan seperti mana mereka dari PN sebelum ini.

Malah DSIS tidak pernah sekali pun mengikut telunjuk PN dalam pentadbiran beliau sebelum ini. Walaupun Muhyiddin dan PN mendesak dengan tuntutan jawatan TPM, beliau tetap bertegas dengan prinsip tiada keperluan lantikan TPM ketika itu.

Ketika itulah PN memulakan langkah mengecam dan berusaha menjatuhkan kepimpinan DSIS. Hakikatnya, berketak ayam, sudah tahu akan bertelur atau tidak. Rakyat lebih bijak menilai realiti sebenar. Ketika kepimpinan DSIS lah kestabilan politik dan ekonomi berjaya dikecapi biarpun berdepan dalam keadaan sukar.

Diakhirnya, DSIS sangat berlapang dada menerima kekalahan BN dalam PRU-15. Namun dalam masa yang sama tetap menjunjung tinggi titah YDPA dan pendirian parti bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Malaysiainsight

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat