PN mahu kekal sebagai pembangkang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) akan kekal sebagai pembangkang bagi memainkan peranan semak dan imbang dalam parlimen.

Selain itu, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat tawaran agar gabungannya itu menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.

“Atas semangat menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, PN berpendirian untuk tidak menyertai Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.

“PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip prihatin, bersih dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan media sama, Muhyiddin berkata PN turut bersedia untuk menjalinkan kerjasama lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup antara kerajaan dan pembangkang.

Semalam, dalam sidang media Anwar meminta PN untuk membuat pertimbangan dengan menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat