Keluarga Malaysia tak pinggir minoriti, jaga semua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Konsep Keluarga Malaysia tidak hanya tertumpu kepada kaum majoriti malah kepada semua kaum ini jelas dengan usaha-usaha kerajaan yang merangkumi juga menyediakan pelbagai bantuan prihatin rakyat merangkumi aspek kebajikan, kesihatan, kemudahan infrastruktur bagi mensejahterakan hidup dan memastikan pemulihan ekonomi negara berjaya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid menegaskan, nilai inklusiviti, kebersamaan dan kesyukuran Keluarga Malaysia ini menjadi teras dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ini dirangka dengan mengambil kira semua lapisan umur, kesaksamaan gender, wilayah, taraf ekonomi dan kaum.

Konsep dan falsafah Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulung beliau pada 22 Ogos 2021 menjelaskan, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana ia lebih bersifat inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. Sebagai satu Keluarga Malaysia, kita saling lengkap melengkapi dan di sambut semua lapisan masyarakat.

“Konsep Keluarga Malaysia mempunyai 3 nilai utama iaitu inklusiviti (keterangkuman) iaitu antaranya menyemai budaya integriti; kebersamaan iaitu antaranya memupuk semangat kekeluargaan; dan kesyukuran iaitu membudayakan amalan sihat dari segi rohani, mental dan fizikal.

“Semua nilai ini adalah nilai sejagat yang diterapkan dalam setiap dasar, perancangan dan pelaksanaan program yang dibuat oleh setiap kementerian, jabatan dan agensi,” jelas Mastura.

Hal demikian kata beliau, konsep Keluarga Malaysia ini diterjemahkan dalam penggubalan dasar kerajaan yang menggariskan perancangan strategik secara komprehensif bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dalam mengecapi nikmat pembangunan negara.

“Konsep ini merupakan aspirasi jangka panjang bagi melahirkan Keluarga Malaysia yang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi berlandaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPi) dan Keberhasilan Kebahagiaan (KHO) Kerajaan.

“Krisis berkembar ini iaitu krisis ekonomi dan krisis kesihatan telah menyediakan peluang kepada kita untuk merencana semula pelan pembangunan negara untuk semua kaum, bagi membolehkan kekayaan negara dinikmati seluruh Keluarga Malaysia dengan adil dan saksama,” ujarnya.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar memberitahu, pegangan kerajaan untuk menerapkan falsafah Keluarga Malaysia dalam penggubalan setiap polisi yang dirancang adalah bagi memastikan matlamat akhir untuk menang bersama tercapai dan tiada yang ditinggalkan dalam perjalanan pembangunan negara sama ada dari segi pemulihan ekonomi ataupun kesihatan.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertanya bagaimanakah konsep Keluarga Malaysia dapat diterjemahkan menerusi dasar dan pelaksanaan yang dirangka kerajaan agar tidak hanya tertumpu kepada kaum majoriti tetapi meliputi semua lapisan kaum dan bangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat