Ubah DEB, Perkenal Penswataan Punca Ku Li Lawan Dr Mahathir 1987

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas 35 tahun, Tengku Razaleigh Hamzah membongkar sejarah mengapa beliau menentang Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, tarikh 24 April 1987 adalah peristiwa yang beliau tidak pernah lupakan.

“Biarlah sejarah hitam lalu menjadi pengajaran kepada kita semua.

“Mengapa saya lawan Dr Mahathir? Jawapannya ialah peringkat bawah sudah tak berapa seronok dengan pimpinan Dr Mahathir selepas beliau diambil balik menyertai Umno – ingat Dr Mahathir kena buang daripada Umno kerana beliau kritik Tunku Abdul Rahman.

“Dr Mahathir disingkir kerana kritik dasar yang dibawa oleh Tunku zaman Tunku jadi ketua Umno (Presiden Umno). Jadi kiranya Dr Mahathir dah tak ada lagi kaitan dengan kitorang tetapi kita usaha bawa beliau balik ke dalam Umno.

“Saya ingat saya pergi pujuk Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Timbalan Presiden Umno ketika itu) setiap malam saya pergi Bandar Tun Razak pujuk Tun Dr Ismail supaya izinkan kita ajak Dr Mahathir balik dan akhirnya Tun Dr Ismail setuju – itulah dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi katanya Tun Dr Ismail kata not over my dead body – beliau tak mahu Dr Mahathir ini diambil balik.

“…. dan selama itulah masa Dr Mahathir di luar kita gubal Dasar Ekonomi Baru (DEB), kita buat macam-macam yang tidak setahu beliau kerana beliau tidak ada dalam parti ketika itu,” katanya dalam muat naik video pada Selasa.

Pun begitu, menurut Tengku Razaleigh ramai orang terkejut apabila Dr Mahathir mengubah DEB apabila beliau masuk semula dalam parti.

“Kita terperanjat juga apabila beliau masuk Dr Mahathir ubah DEB – kita nak dedah pengalaman-pengalaman ini kepada orang Melayu supaya galakan ramai Melayu menyertai bidang perniagaan dan perusahaan yang dianggap baru untuk orang Melayu.

“Kita tak mahulah orang Melayu tinggal di sawah-sawah padi sahaja atau di luar bandar bercucuk tanam sayur-sayuran semata-mata atau menjadi kerani di pejabat kerajaan, kita mahu mereka terlibat juga dalam dunia moden ini.

“Jadi tiba-tiba kita tengok Dr Mahathir bila beliau masuk beliau perkenalkan penswastaan dan sebagainya yang difikirkan akan mengubah rakyat kerana apabila diswastakan banyak daripada usaha-usaha ini sudah tentu akan kejar buat untung lebih kerana nak dapat pembahagian laba yang lebih
jadi kita rasa itu tak kena dan mencacatkan juga usaha kita nak tarik seberapa ramai orang Melayu yang berminat menyertai bidang baru ini apatah lagi kita rasa kita tak mahu orang yang sudah jadi saudagar masuk lawan dengan orang yang baru nak melangkah ke arena moden ini jadi kita rasa ini menyulitkan lagi orang Melayu nak berniaga tapi Dr Mahathir tak peduli.

“Itulah sebab ramai orang bawah tak setuju,” dedah beliau.

Untuk rekod penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan Malaysia yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia.

Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Sesetengah agensi kerajaan pula amat menarik dan menguntung .

Kerajaan tidak perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan.

Biasanya agensi ini menyediakan utiliti utama seperti pengangkutan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia mengambil teladan dari negara Barat terutama Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian lama.

Persaingan akan meningkatkan kecekapan dan kerajaan tidak akan dipersalahkan jika kelemahan berlaku. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih percaya kepada perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta. Syarikat multinasional atau gergasi ini akan menjadi penaung kepada syarikat yang lebih kecil .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat