GTA Akan Kembalikan Perjuangan Asal Umno, Lindungi Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Gerakan Tanah Air (GTA) akan melindungi orang Melayu seperti mana Umno sebelum era pentabiran Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Umno di bawah pemerintahan Najib sudah ubah perjuangan asal Umno daripada melindungi dan memajukan orang Melayu kepada memperkayakan diri pemimpin Umno.

“Dahulu orang Melayu dilindungi oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu, iaitu Umno. Tetapi Umno di bawah Najib sudah ubah perjuangan Umno daripada melindungi dan memajukan orang Melayu kepada memperkayakan diri pemimpin Umno.

“Sebab itu GTA ditubuhkan untuk melindungi dan memajukan orang Melayu. GTA akan kembali kepada perjuangan asal Umno.

“Kerajaan GTA mampu memulihkan negara dan memajukan orang Melayu seperti Umno dahulu lakukan,” tegas beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, meskipun kerajaan tidak meluluskan pendaftaran GTA mereka terpaksa menggunakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai ganti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“GTA adalah gabungan rakyat dari semua lapisan untuk mendirikan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

“GTA terdiri dari orang Melayu yang rata-rata miskin dan bermasalah. Hanya orang Melayu sahaja yang faham apa yang dihadapi oleh orang Melayu.

“Tumpuan kita bukan untuk dapat tempat untuk diri kita tetapi untuk memulihkan politik, ekonomi dan kewangan negara. Kita akan atasi kemiskinan yang melemahkan ekonomi Melayu sehingga menjual tanah air mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Pejuang sama juga seperti GTA iaitu Gerakan Rakyat Melayu yang prihatin akan masalah orang Melayu yang tidak dipedulikan oleh Umno.

“Oleh itu undilah Pejuang yang mewakili GTA untuk memelihara masa depan orang Melayu dan menentukan mereka dapat bahagian mereka dalam negara berbilang kaum ini,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat