Kes Serangan Seksual Belum Selesai, Anwar Tak Layak Jadi Calon PM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Abdul Latiff Ahmad hari ini mendakwa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Ini kerana, menurut Abdul Latiff, terdapat kes berhubung dakwaan serangan seksual yang masih belum selesai melibatkan Presiden PKR itu bersama bekas pembantunya, Muhammad Yusoff Rawther.

“Dalam keadaan ini, adalah terpulang kepada PH untuk bertanggungjawab dan mengkaji semula pencalonan bagi jawatan perdana menteri.

“Mereka perlu menghormati proses pilihan raya negara dengan memastikan semua calon, terutamanya calon PM adalah bersih dan penuh integriti.

“Sehingga mahkamah tinggi memberi suatu keputusan dalam kes Yusoff Rawther, Anwar Ibrahim tidak layak dinamakan calon perdana menteri Malaysia,” kata Latiff dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, menurut pemimpin Bersatu itu lagi, pencalonan Anwar bertentangan dengan kebiasaan negara-negara lain iaitu apabila seorang pemimpin menghadapi tuduhan salah-laku seksual, maka dia perlu menarik diri bagi memelihara keyakinan umum dan reputasi negara.

Dalam konvensyen PH di Perak minggu lalu, Anwar diumum sebagai calon perdana menteri.

Yusoff sebelum ini mengemukakan saman terhadap Anwar pada 14 Julai 2021 dan mendakwa ketua pembangkang itu menyerangnya secara seksual empat tahun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018, di kediaman Anwar di Segambut.

Yusoff turut mendakwa akibat kejadian itu, dia didakwa berkomplot untuk menjatuhkan Anwar dan merosakkan kerjaya politiknya sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.

Anwar telah pun memfailkan saman balas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat