Idris Jusoh Tak Pertahan Kerusi Parlimen Besut

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan dia tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Idris berkata, beliau telah lama menyimpan hasrat berkenaan sejak PRU pada 2013 dan ingin memberi laluan kepada calon yang lebih muda.

“Namun atas kehendak parti (ketika itu), saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU demi parti dan negara.

“Meskipun begitu, pada tahun sama saya telah melepaskan jawatan ketua UMNO Besut kepada pimpinan baru sebagai salah satu perancangan saya untuk ‘berundur secara beransur-ansur’ dalam arena ini,” katanya di Facebook semalam.

Idris menjadi menteri besar Terengganu pada 2004 hingga 2008 dan merupakan Adun Besut selama dua penggal. Beliau menjadi ahli Parlimen Besut sejak 2013.

Ketika pentabdiran Datuk Seri Najib Razak, Idris dilantik menjadi menteri kewangan kedua dan kemudiannya menteri pengajian tinggi.

Beliau kini menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Walaupun tidak bertanding, Idris berkata dia akan terus berusaha untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU kali ini.

“Sekarang saya telah meniti usia 67 tahun. Masa untuk saya memberi laluan telah tiba.

“Terima kasih kepada semua pengundi dan rakyat yang telah menyokong saya sebelum ini. Juga terima kasih kepada parti yang tanpa jemu telah memberi kepercayaan kepada saya hingga kini,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat