Calon BN Perlu Disaring Jabatan Agama, SPRM, PDRM Dan Insolvensi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditapis lebih ketat apabila mereka bakal menjalani saringan status mereka dengan pejabat agama.

Semakan dengan pejabat agama adalah sebagai tambahan kepada saringan yang ditetapkan sebelum ini dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon berkaitan dengan pejabat agama.

“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Khas PRU15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, pada Selasa

Beliau mengulas mengenai tahap saringan untuk calon BN bagi PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat