Dimensi baharu muzik Taylor

- Advertisement -

KETIKA melancarkan album terdahulunya berjudul Reputation, ramai menyifatkan momentum karya penyanyi Taylor Swift merudum, biarpun album itu tidak mengecewakan.

Namun, pencapaiannya tidak menyamai kehebatan albumnya yang terdahulu.

Bagaimanapun, Taylor, 30, kembali menyerlahkan namanya menerusi album baharu Folklore yang dilancarkan lebih sebulan lalu.

Hakikatnya, karya berkenaan semakin mendahului banyak carta besar dunia.

Semalam, album sudio kelapannya itu mencipta rekod baharu apabila berjaya kekal di tangga pertama carta Billboard 200 Albums Chart selama empat minggu berturut-turut.

Rekod itu diciptanya lima tahun, selepas kali terakhir dibuat Adele menerusi album 25.

Lebih manis, tiga lagu dimuatkan dalam album berkenaan iaitu Cardigan, Exile dan Betty terus mendapat permintaan tinggi di stesen radio.

Ketiga-tiganya cukup popular dalam masa sama selepas pelancarannya pada 24 Julai lalu.

Folklore adalah album keempat yang turut kekal nombor satu dalam carta selama hampir tiga minggu setakat ini.

Ia diikuti, album My Turn oleh Baby, After Hours (The Weeknd), dan Please Excuse Me for Being Antisocial (Roddy Rich).

Album itu juga menjadi album pertama bukan R&B atau hip hop atau album penyanyi wanita yang berjaya mencipta rekod berkenaan.

Kali terakhir yang berjaya berbuat demikian adalah Billie Eilish menerusi lagu We All Fall Asleep, Where Do We Go?

Taylor juga sebenarnya pernah mencipta rekod sama untuk album Reputation, namun hanya bertahan tiga minggu berturut-turut.

Namun, ia kembali ke tangga pertama pada minggu lain selang selepas beberapa minggu.

TAYLOR tulis lagu dari persepktif orang lain pula.
TAYLOR tulis lagu dari persepktif orang lain pula.

Sebaik album itu berada di pasaran, tidak dinafikan rata-rata pendengar mengakui dimensi karyanya cukup berbeza terutama dari segi bunyi.

Bagaimanapun, penyanyi itu seperti biasa tetap mengekalkan corak penceritaan liriknya.

Dalam lagu The Last Great American Dynasty, dia mengejutkan ramai apabila membongkar kisah seorang wanita yang disalah sangka.

Jarang sekali, dia menulis lagu yang berkisar orang lain.

Taylor dikenali sebagai penulis lagu yang sentiasa mendahulukan kisah mengenai hubungan cinta, keluarga, sahabat, musuh, kejayaan serta kegagalannya.

Disebabkan itu, peminat cukup setia untuk mendalami kisah hidupnya.

Lantas, keputusannya menulis mengenai kisah figura lain membuktikan dia inginkan album baharunya lebih istimewa.

Menurutnya, dia terbuka hati untuk berbuat demikian ketika proses penghasilan album itu dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Saya dapat menerokai diri saya bukan sahaja mahu menulis mengenai kisah sendiri, tapi dari perspektif orang yang saya tidak pernah jumpa, kenal atau saya harap tidak pernah kenal langsung,” katanya.

Dalam pada itu, Taylor juga berkata, album terbabit bukan hanya ditujukan kepada kelompok tertentu.

Sebaliknya, dia percaya kekuatan Folklore adalah kekemasan tema untuk dinikmati dalam fasa kehidupan berbeza.

“Dalam kepala saya, lagu-lagu dalam Folklore bertepatan dalam kelompok yang berbeza serta bab kehidupan realiti. Semuanya berdasarkan bagaimana tema itu disusun dengan teratur dan sempurna,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat