Pendedahan Runding Terus, Terbukti Guan Penipu Kata Zahidi

- Advertisement -

Slim River – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng sebagai penipu.

Zahidi ketika ditemui sebentar tadi berkata, rakyat seharusnya menilai sendiri prestasi Pakatan Harapan (PH) yang terbukti melakukan pelbagai siri penipuan sama ada sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mahu pun setelah menjadi kerajaan.

“Pertama sekali kita lihat penipuan kerajaan Pakatan Harapan berterusan dulu sebelum pilihan raya mereka buat janji-janji palsu antaranya hapus PTPTN, harga minyak turun, hapus tol dan sebagainya.

“Namun di masa yang sama mereka turut mengamalkan (pemberian projek) runding terus sedangkan dulu mereka mendakwa tindakan itu merupakan rasuah dan sebagainya,” katanya.

Ia susulan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam bahawa 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian berkenaan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng sebelum ini pernah menyebut tiada lagi rundingan terus pada tahun 2018 dan akan mengguna Kerjasama Awam Swasta (Public-Private Partnership (PPP) yang sebenar.

Seterusnya Zahidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Besar turut menyifatkan penipuan Guan Eng itu amat mengecewakan rakyat.

“Apabila menang (PRU1) mereka turut mengamalkan direct nego jadi pendedahan semalam terbukti Lim Guan Eng adalah penipu.

”Ini adalah suatu yang amat mengecewakan rakyat. Jadi kita harap rakyat jangan lagi bagi undi pada Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menjelaskan bahawa Kabinet PH tidak pernah dimaklumkan mengenai projek secara rundingan terus berkenaan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat