Allan Rich meninggal dunia

- Advertisement -
Agensi

PELAKON Allan Rich meninggal pada usia 94 tahun di kediamannya di Lillian Booth Actors Home, Englewood, New Jersey, Amerika Syarikat akibat dementia, kelmarin.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Serpico, Disclosure dan drama Curb Your Enthusiasm itu adalah pelakon yang berjaya walaupun pernah disenarai hitam di Hollywood.

Rich melakonkan watak presiden Robert Kintner dalam filem Quiz Show pada 1994, peguam Demi Moore dalam Disclosure (1994) dan seorang penguam dalam Amistad (1997).

Pelakon bernama sebenar Benjamin Norman Schultz itu memutuskan untuk menggunakan nama pentas Allan Rich pada 1943.

Dia memulakan kerjayanya dalam lapangan Broadway menerusi pementasan Take the High Road.

Isterinya, Elaine Rich yang dikahwini selama 62 tahun sudah meninggal dunia pada Ogos 2015 pada usia 81 tahun.

Rich meninggalkan ramai anak, anak tiri, serta cucu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat