PAS-Bersatu: Siapa Scam Siapa? – Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan parti Islam itu dilabel terlalu naif memandangkan sering menjadi mangsa ‘scammer’ Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed malah mendakwa beliau tidak hairan sekiranya Presiden PAS mungkin dengan rela hati nak bawa pengikut dan pemimpin PAS ikut sama tenggelam dalam kapal Perikatan Nasional (PN) yang dikemudikan oleh Muhyiddin dan Bersatu.

“Mungkin Hadi tak serik-serik kena tipu dengan Muhyiddin. Masa Muhyiddin jadi Perdana Menteri tak ada seorang pun pemimpin PAS diberikan jawatan menteri kanan. Hampir semuanya disapu pemimpin Bersatu.

“Bahkan apabila Muhyiddin buat perjanjian politik ‘setan’ untuk dapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Hadi pun tak dimaklumkan. Muhyiddin buat senyap-senyap di belakang Hadi. Lebih sedih lagi Setiausaha Agung PAS sendiri (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang ikut telunjuk Muhyiddin drafkan intipati perjanjian itu.

“ Tapi PAS pun punya perangai sama tipu dengan Bersatu. Sebelum ini PAS sudah tipu Tengku Razaleigh dan Semangat 46, PAS pernah ‘kencing’ PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif serta Pakatan Rakyat.

“Jadi jangan salahkan saya kalau saya labelkan Hadi dan PAS terlalu naif sehingga banyak kali jadi mangsa scammer macam Muhyiddin dan Bersatu,” dakwa Nur Jazlan dalam hantaran di Facebooknya semalam.

Tambah beliau, pada mulanya PAS cadang nak pakai logo sendiri pada PRU-15 nanti.

Dakwanya, mungkin mereka sudah serik sebab asyik kalah teruk saja bila mereka guna logo PN pada dua PRN sebelum ini.

“Lepas tu Muhyiddin buat pula kenyataan, PN akan buat logo PN yang baru untuk guna pada PRU-15. Mungkin mereka rasa logo PN yang lama banyak bawa ‘sial’ pada Bersatu sampai parti itu hampir mati pada PRN Johor.

“Kemudian kelmarin, Hadi kata pula PAS mungkin akan guna juga logo baru PN tu. Hurmmm…memang PAS ni parti lalang dan tak tetap pendirian. Keputusan mereka selalu berbolak balik,” ujar Nur Jazlan.

Kata beliau, nampaknya bukan saja Muhyiddin dan PN alami krisis keyakinan diri, PAS pun mula tak percaya dengan kekuatan logo dan parti mereka sendiri.

“Tapi tak apalah. Dah PAS nak ikut sangat idea penipu Muhyiddin dan Bersatu. Sebelum ini Bersatu guna warna merah pada logo parti mereka. Tiru UMNO! Tak cukup lagi, mereka guna pula warna biru pada logo PN. Tiru BN!

“Itulah padahnya bila buat parti jenis tangkap muat. Buat parti bila diri merajuk dan buat parti untuk khianati parti asal.

“Bila buat barang tiruan untuk tipu rakyat akhirnya pada menimpa diri sendiri. Muhyiddin sendiri sudah terlondeh semua topeng penipuan dan kemunafikan dia.

“Rakyat sudah nampak satu persatu helah dan taktik penipuan Muhyiddin. Sebelum ini dia cuba berselindung di sebalik title anak guru agama. Main wayang sebagai seorang yang alim dalam TV. Baca doa secara live dalam TV,” dakwa Ketua UMNO Bahagian Pulai itu.

Dalam pada itu, Nur Jazlan juga mencatat “insyaallah pada PRU-15 nanti, rakyat akan tanam Bersatu dan PN dalam liang lahad yang mereka gali sendiri.

“Mungkin PAS boleh tolong bacakan talkin dan buat kenduri arwah untuk Bersatu. Saya petik lagi sejak kenyataan Tun Daim; ‘Bersatu dan Pejuang akan berkubur pada PRU-15 nanti.’

“Biarpun PAS mungkin boleh menang lagi beberapa kerusi, bagi saya PAS juga akan nazak selepas PRU-15. Sebabnya PAS juga gagal selepas mereka diberi kuasa di peringkat kerajaan.

“Menteri dan timbalan menteri dari PAS gagal untuk jalankan tugas yang diberikan kepada mereka. Banyak tindakan dan kenyataan dari menteri dan timbalan menteri PAS yang tak boleh dipakai,” dakwa beliau.

Hal demikian katanya, rakyat juga sudah nampak pembohongan dan kegagalan PAS.

Jelasnya, selama jadi pembangkang PAS hanya pandai mengkritik dan buat tuduhan macam-macam kepada BN.

“Tapi bila mereka diberi peluang rupanya mereka lebih tak layak dan lebih gagal dari UMNO/BN.

“Sebab itulah banyak kali saya kata, orang yang pandai bercakap tak semestinya pandai buat kerja. Apatah lagi ramai dalam kalangan pemimpin PAS yang bodoh dan sombong,” bidas Nur Jazlan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat