Yana, Yonnyboii luah perasaan dalam karya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bakat dimiliki penyanyi remaja, Yana, 22, sebagai penyanyi dan pencipta lagu semakin dikagumi selepas single berbahasa Inggeris, I Need U berjaya mencuri perhatian.

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak awal kemunculan, Yana terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan yang ada pada dirinya.

Biarpun penyanyi baharu muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, imej dan muzik dibawakan Yana berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi budak baru nak up (BBNU) lain.

Selepas beberapa single seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, Your Loss dan I Need U, kini Yana muncul dengan single Hati berkolaborasi dengan komposer dan penyanyi rap, Yonnyboii.

Yana atau nama sebenarnya, Shalma Eliana Bruhanutheen berkata, mesej utama yang ingin disampaikan dalam single Hati adalah menghargai setiap saat dilalui bersama seseorang meskipun pernah disakiti.

“Single Hati menghuraikan perasaan seseorang yang ragu dan tidak tenteram selepas melalui pelbagai kedukaan.

“Ia juga luahan kekecewaan terhadap individu yang tidak pernah cuba untuk menjaga hati dengan harapan dapat memahami, lebih peka dan sensitif dengan perasaan orang lain.

“Namun, mesej utamanya ialah berkompromi untuk seseorang yang sudah menyakiti kita. Walaupun disakiti, kita tidak harus membenci untuk ketenangan diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

 

Yana menyifatkan kerjasama dengan Yonnyboii sebagai pengalaman cukup berharga.

 

Berkongsi lanjut, Yana berkata, single Hati dihasilkan bersama Yonnyboii dengan memberikan idea agar karya lebih menarik.

“Karya ini ditulis Yonnyboii. Saya masih ingat Yonnyboii menulis lagu, kemudiannya saya memutuskan menulis bahagian saya.

“Penghasilan lirik lancar kerana saya dan Yonnyboii duduk bersama dan melihat situasi paling sesuai.

“Gabungan idea dalam menghasilkan single Hati memberikan sentuhan segar agar hasilnya bukan sahaja sedap didengar, malah, mampu menarik perhatian pencinta muzik,” katanya.

Lagu bergenre R&B dan reggaeton ciptaan Yonnyboii, manakala lirik oleh Yonnyboii dan Siqma diterbitkan syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Tidak hanya berkolaborasi bersama, Yana menyifatkan kerjasama dengan Yonnyboii sebagai pengalaman cukup berharga.

“Proses merakam single Hati agak menarik. Saya masih ingat sebaik memasuki kediaman, Yonnyboii terus cakap ‘Yana record’.

“Bahagian korus satu cukup mengujakan. Saya akui, Yonnyboii sentiasa menjadi sahabat dan kami memiliki keserasian ketika bekerjasama.

“Dia membimbing saya dengan pendapat peribadi dan atas sepakatan bersama. Kami sentiasa bersetuju mengenai hala tuju karya yang mahu dihasilkan,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat