Saya Tidak Berbohong, Mahu Maruah PATI Terjamin Kata Rayhan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pendatang Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir berkata pihaknya hanya mahu memastikan maruah pendatang asing di Malaysia terjamin.

Dia berkata demikian kepada wartawan media Bangladesh, The Daily Star semalam sebelum ditahan pihak Immigresen.

“Saya tidak melakukan jenayah. Saya tidak berbohong. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

“Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin. Saya percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,” katanya kepada media tersebut melalui pesanan applikasi WhatsApp.

Dia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam kerana memberikan kenyataan tidak benar ketika diwawancara media antarabangsa Al Jazeera.

Rayhan mendakwa layanan kerajaan Malaysia terhadap pendatang asing di negara itu adalah zalim, kerana menangkap mereka yang tidak mempunyai visa perjalanan yang sah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu bapanya, Shah Alam meminta rakyat Bangladesh untuk menyokong anaknya.

“Ibu Raihan sakit sejak sebulan lalu. Anak saya ditangkap kerana memprotes diskriminasi dan eksploitasi.

“Saya percaya anak saya tidak melakukan kesalahan. Saya mahu Bangladesh berdiri bersamanya,” katanya kepada media yang sama.

Shah Alam, yang bekerja di sebuah kilang pakaian berkata, setelah lulus Sijil Menengah Tinggi dari Tolaram College pada tahun 2014, anaknya berangkat ke Malaysia dan berjaya memperolehi Sarjana Muda Sastera di sini.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di Setapak petang semalam sebelum diserahkan kepada polis.

Dia didakwa kerana membuat tuduhan palsu mengenai perlakuan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin ketika menangani wabak Covid-19 semasa diwawancara dalam dokumentari “Lock up in Malaysia’s Lockdown”

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, Rayhan akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya.

Polis juga telah memulakan siasatan ke atas Al-Jazeera mengenai dokumentari tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat