Sanggupkah PAS Dianggap Khadam MCA, Soal PAN

- Advertisement -

Cyberjaya – PAS di dakwa berdolak dalih dalam isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355.

Menurut Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil, jawapan daripada Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu tersebut seperti mempermainkan rakyat.

“Ketika mana hujah ini dibangkitkan dahulu, pakar undang-undang dilabel menentang RUU355, sehinggakan seorang ulama PAS bersikap takfiri mendakwa sesiapa yang menentang RUU355 akan ditanam di jirat Cina.

“Apabila disoal tujuan RUU 355 ini adalah untuk pelaksanaan hukum hudud, PAS berdolak-dalik mendakwa RUU ini bagi meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.

“Apakah perasaan ribuan orang Melayu Islam yang hadir ke Himpunan RUU355 pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur yang ikhlas mahu melihat RUU ini diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika sesi Jawab Lisan Di Dewan Rakyat Khamis lalu berkata RUU355 perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Anggota Parlimen Tampin, Hasan Bahrom sama ada kerajaan berhasrat membentangkan RUU tersebut buat kali kedua, serta bila ia akan dibuat dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Dalam jawapannya, Ahmad Marzuk yang juga Exco Pemuda PAS Kelantan berkata pembentangan kali kedua RUU itu memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh.

Seterusnya Faiz turut sehingga kini tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Nasional (PN) untuk membentangkan akta tersebut.

“Tetapi setelah 6 bulan menjadi kerajaan, tiada apa-apa usaha kerajaan PN ke arah itu, sedangkan kerajaan PH melalui Menteri Amanah telah berjaya meluluskan Akta Profesion Guaman Syarie.

“Bukankah sebagai kerajaan, PAS lebih mudah membentangkan pindaan Akta 355 kerana sudah pasti disokong semua Ahli Parlimen PN termasuk MCA dan GPS Sarawak,” katanya sinis.

Faiz turut mengatakan sanggupkah PAS dilabel sebagai khadam MIC sekiranya gagal memperjuangkan isu tersebut.

“MCA pernah mengadakan protes membantah hukum hudud, tetapi kini nada PAS berubah setelah bersama dalam kerajaan PN.

“Di mana hilangnya integriti dan kejujuran PAS memperjuangkan Islam? Amanah difitnah menjadi kuda DAP, adakah kerana MCA sudah bersama dalam kerajaan, PAS pula sanggup dianggap khadam MCA?”soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat