Keputusan Parlimen Tidak Boleh Dipersoal Di Mahkamah Kata Azalina

- Advertisement -

Cyberjaya – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahankan pelantikannya, susulan saman pemula yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahan prosiding di Parlimen atau jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Ahli Parlimen Pengerang itu memberi contoh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes bekas speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar dan R Ganesan yang Dewan mempunyai kuasa memilih atau memecat speaker serta isu siapa dilantik secara sah sebagai speaker terletak di luar bidang kuasa mahkamah.

“Malah, YB Teluk Intan (Nga Kor Ming) telah meletak jawatan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat sebelum usul pelantikan saya di bawah Peraturan Mesyuarat 6 Dewan Rakyat dibacakan.

“Justeru, saya tidak melihat terdapat mana-mana pelanggaran Peraturan Mesyuarat atau Perlembagaan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, memandangkan perkara pada masa ini berada dalam pertimbangan mahkamah, saya juga sebagai seorang pengamal undang-undang menyerahkan kepada mahkamah bagi mengadili perkara tersebut.”

Pada 23 Julai lalu, Mahathir bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) memfailkan saman pemula bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Azhar Harun dan Azalina di Dewan Rakyat.

Mereka yang menuntut pengisytiharan jawatan speaker masih kosong sejak 13 Julai, berkata pelantikan Azhar dan Azalina tidak sah, melanggar Perlembagaan Persekutuan atau Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mahathir menerusi saman pemula itu berkata, notis 14 hari perlu diberikan kepada ahli Parlimen untuk mencadangkan nama selepas jawatan speaker dan timbalannya kosong.

Katanya, pelantikan itu perlu melalui proses pencalonan dan perbahasan, serta undian dijalankan untuk selesai dan menjadi sah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat