ADUN Sabah Bukan Untuk Dijual Kata Shafie

- Advertisement -

Cyberjaya – Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap tindakan pihak tertentu yang mengganggu gugat ketenteraman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan Sabah.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal laporan polis telah dilakukan bagi mengenal pasti siapa yang menjadi dalang memujuk wakil rakyat di negeri itu.

“Saya difahamkan ada ADUN yang ditemui pihak tertentu, malah ada yang masuk dalam rumah. Kalau mahu masuk dalam rumah sekali pun, kena ada waran yang sah untuk mengetahui tujuannya. Perkara ini bukan berlaku sekali sahaja, ia sudah berulang kali dan ini menggangu gugat ketenteraman individu.

“Dikatakan ada orang jumpa Yang Berhomat (YB) kerajaan. Wakil siapa dia? Siapa dia yang jumpa YB itu adakah mereka ini mahu membentu kerajaan atau mahu menjadi Ketua Menteri, mahu jadi kerajaan pemerintah. Saya yakin ada pihak lain dibelakang mereka ini,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Shafie turut berkata tindakan memujuk wakil rakyat untuk melompat itu boleh menjejaskan ketenteraman negeri.

“Keadaan ini boleh menjejaskan ketenteraman keadaan di peringkat negeri dan juga negara.

“Jika wakil rakyat itu redha untuk beralih sokongan, tiada masalah kerana kita juga tidak mahu memaksa. Macam Limus Jury dan James Ratib mahu masuk (parti pembangkang) masuklah, saya tidak paksa,” ujarnya lagi.

Seterusnya Shafie menyifatkan tindakan ‘jual-beli’ ADUN sebagai amalan yang yidak sihat sambil menegaskan akan membangkitkan isu tersebut di Parlimen.

“Saya tidak menafikan ada cubaan membeli ADUN namun, jika orang itu tidak mahu dibeli, cukup-cukuplah. Mereka ini bukan untuk dijual.

“Amalan membeli ADUN ini adalah amalan tidak sihat dan beliau yakin ADUN kerajaan cukup matang untuk membuat keputusan.

“…Apa juga keadaan yang berlaku, biarkan kami mentadbir negeri dan mententeramkan rakyat di peringkat bawah yang sudah pun bingung berdepan dengan Covid-19, ini pula bingung dengan pelbagai tekanan,” ujarnya pula.

Terdahulu Dr Jeffrey berkata Warisan mengunakan drone bagi mengintip pergerakan Adun mereka agar tidak meninggalkan parti itu.

Menurut DR Jeffrey tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan ada di kalangan Adun yang melompat sekaligus menyebabkan kerajaan pimpinan Shafie tumbang di Sabah.

“Kami bahkan telah melihat drone diterbang ke rumah beberapa pemimpin untuk mengintip siapa yang datang dan pergi,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan dilaporkan bakal tumbang apabila beberapa wakil rakyatnya dikatakan akan keluar parti.

Sementara itu, Jeffrey yang juga ADUN Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau meminta pemimpin Warisan dan DAP berhenti menuduh pemimpin pembangkang terutama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sebagai cuba ‘memikat’ wakil rakyat mereka. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat