Subsidi Bersasar Langkah Terbaik Demi Masa Depan Kewangan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perubahan dasar kerajaan daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar pastinya akan mengundang rasa tidak puas hati namun ini demi masa depan kewangan negara ini adalah langkah terbaik.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan memuji kesungguhan kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam usaha melaksanakan subsidi bersasar.

Menurut Khairy, Pangkalan Data Utama (PADU) yang sedang dibangunkan sebagai pangkalan pusat maklumat sosioekonomi isi rumah bagi menentukan kelayakan rakyat sama ada boleh menikmati subsidi daripada kerajaan atau sebaliknya.

“Daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar mesti ada orang tak puas hati.

“Tapi untuk masa depan kewangan negara kita ini adalah yang terbaik,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Khamis.

Pun begitu Khairy dan Shahril menyatakan kenyataan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu sedikit tergantung.

“Sebab Anwar kata penggunaan elektrik berlebihan, sebab ramai tertanya apa maksud berlebihan? Tak semestinya guna berlebihan adalah datangnya daripada golongan T20. Mungkin B40 dan M40 membuat perusahaan di rumah yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

“Semangat nak laksana subsidi bersasar dah betul namun kredibiliti pembutiran belum sampai.

“Bagaimanapun Rafizi telah jelaskan lebih lanjut dengan konsep pendapatan isi rumah boleh guna ia telah memberi cerminan lebih tepat. Dengan pangkalan data PADU untuk ambil data point barulah mereka akan senaraikan layak ke tidak menerima subsidi,” katanya.

Menurut Shahril penggunaan data PADU adalah sesuatu yang positif.

“Ini bermaksud kerajaan serius guna data daripada banyak sumber untuk minimakan risiko,” katanya.

Hari ini Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mekanisme subsidi bersasar penggunaan elektrik bagi golongan T20 akan dilaksanakan selepas sistem PADU siap, dijangka hujung tahun ini.

Jelas Nik Nazmi mekanisme berkenaan akan dibuat berdasarkan pendapatan golongan berkenaan.

Buat masa ini katanya, kementerian sedang meneliti opsyen Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang munasabah kepada pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 1 Disember 2023.

Menurut Nik Nazmi, ia selaras dengan fokus semasa kerajaan supaya pemberian subsidi dilaksanakan secara bersasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik mengikut kediaman bagi pengguna kategori domestik, terutama yang menggunakan elektrik dengan kadar yang tinggi.

“Bagi saya, ini perkara yang prinsipnya kita tidak persoalkan. Jika satu rumah T20 itu, kita andaikan ada lima hingga tujuh pendingin hawa, pengering, ada banyak kelengkapan lain dan bil elektriknya sehingga RM700 atau lebih, tidak patutlah mereka dapat subsidi yang lebih berbanding B40 dan M40.

“Disebabkan ia berdasarkan penggunaan, maka mereka menikmati lebih banyak subsidi dari segi ringgit, berbanding pengguna B40 dan M40. Dari segi prinsipnya, tidak adil.

“Bagaimanapun, untuk melaksanakannya, kita perlu ada sistem PADU,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat