“Ramli Sarip-Blues Untuk Rakyat” Temui Peminat Ogos Ini

- Advertisement -

KUANTAN 23 MEI 2023-Setelah sekian lama tidak tampil dalam sebuah konsert berskala besar di Pahang, akhirnya impian Datuk Ramli Sarip di rialisasikan menerusi konsert “Ramli Sarip Blues Untuk Rakyat”.
Konsert anjuran Ada Events Asia itu akan berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota pada 5 Ogos depan.

“Sebenarnya sudah lama saya berhasrat membuat persembahan di negeri ini kerana kali terakhir saya mengadakan konsert di Pahang adalah bersama kumpulan Sweet Charity sekitar tahun 80an di Stadium Darul Makmur”, ujarnya kepada media dalam sidang akhbar sempena konsert berkenaan di Hotel Shahzan baru-baru ini.

“Saya masih ingat ketika kemunculan dulu, ketika itu ramai peminat yang datang ke konsert berkenaan. Selepas itu, saya tidak lagi berpeluang mengadakan konsert di Pahang, rindu kepada peminat sentiasa muncul namun apakan daya detik yang dinanti tidak muncul”, ujarnya lagi.
“Namun begitu, akhirnya sekali lagi saya berpeluang untuk muncul di hadapan peminat di sini melalui penganjuran Konsert Blues Untuk Rakyat,” tambah beliau.

Datuk Ramli Sarip bakal mendendangkan 22 lagu sepanjang konsert yang berdurasi dua setengah jam itu dengan iringan lapan pemuzik professional.
“Saya berharap peminat di Pahang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Konsert Blues Untuk Rakyat yang pasti menghiburkan mereka. Jangan lepaskan peluang bernostagia bersama saya,
“Jadikan Konsert Blues Untuk Rakyat sebagai kenangan tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila- bila,” katanya,” 
katanya.
“Saya memang tidak sabar untuk bertemu peminat di Pahang, sebanyak 22 lagu yang berunsur rakyat selain koleksi hits sepanjang zaman berusia lebih 40 tahun yang masih lagi segar akan dipersembahkan. Selain itu, saya juga menyediakan enam lagu baharu seperti ronggeng rakyat, cinta disebalik musim dan surat cinta Kuala Lumpur.

Sementara itu Rozario Rasul selaku Pengarah Muzik konsert berkenaan menjelaskan bahawa konsep
dan muzik yang bakal di persembahkan akan lebih bersifat terbuka agar ianya lebih dekat dengan peminat.
“Kita akan membuat beberapa arrangement terhadap muzik dan lagu yang akan di persembahkan, meskipun ianya adalah konsert yang berorentasikan ‘blues’ namun ianya tidaklah begitu berat”,

ujarnya.
“Malahan melodi yang akan dipersembahkan lebih ringan dan santai agar ianya lebih dekat dengan
peminat”,
 tambahnya.

Sebanyak 3,000 tempat duduk disediakan kepada penonton, tiket konsert dijual dari RM98 sehingga RM198. Peminat boleh mendapatkan  tiket menerusi www.ticket2u.com.my yang telah mula dijual.

https://v2.mediatormalaysia.com/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat