Bantuan BPN 2.0 Fasa Pertama Dipercepatkan, Keutamaan Golongan B40

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu 19 Oktober lalu.

Sebelum itu ia dijadualkan pada 26 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran BPN 2.0 fasa pertama itu dapat dipercepatkan ekoran komitmen para pegawai kementerian, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan institusi kewangan terlibat.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40.

Pembayaran telah pun bermula pada 19 Oktober lalu melibatkan 7.5 juta penerima, iaitu 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.

Manakala golongan M40 pula yang melibatkan 3.1 juta penerima, iaitu 1.4 juta penerima kategori isi rumah dan 1.7 juta penerima kategori bujang, pembayaran telah bermula mulai 22 Oktober 2020.

Proses pengkreditan bayaran BPN 2.0 ini akan berterusan dan dijangka diselesaikan sebelum hujung bulan Oktober 2020.

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020.

Manakala penerima yang didapati gagal kredit pula akan dapat membuat penunaian mulai minggu kedua November 2020.

Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh PKPB, pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima.

Kerajaan juga ingin mengingatkan bahawa tempoh permohonan baharu BPN 2.0 masih dibuka sehingga 15 November depan.

Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau semakan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada [email protected] MalaysiaGazette

Jadual asal pembayaran sebelum ini telah dipercepatkan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

KWSP Jual 7.36 Juta Lagi Saham Top Glove

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual 7.36 juta lagi saham dalam Top Glove Corporation Bhd, lapor BH Online. Top Glove dalam kenyataannya di...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...