Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan.

Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim penubuhan NGO yang berselindung atas nama Islam itu hanya bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di negara ini.

“Sebilangan NGO Muslim yang ditubuhkan hanya untuk menimbulkan kekacauan atas sebab politik.

“Mereka (ditubuhkan) bukan untuk mempertahankan Islam tetapi menggunakan Islam untuk permainan politik mereka,” katanya melalui satu muatnaik di laman Facebook pada Jumaat.

Dia yang lebih di kenali dengan panggilan Siti Kasim berkata, masyarakat seharusnya menolak mana-mana parti politik yang mengunakan Islam untuk tujuan tertentu.

“Inilah sebab mengapa kita mesti menolak mana-mana parti politik yang menggunakan agama sebagai alat mereka.

“Agama dan politik tidak boleh dibenarkan di Malaysia sekiranya mahu menyelamatkan negara dari golongan Munafik ini.

Siti Kasim berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung larangan penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau di negeri ini kecuali untuk laungan azan dan iqamah.

Mengulas mengenai penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau di negeri ini, Wan Salim berkata, ia mungkin mengganggu penduduk yang tinggal berdekatan dengan masjid dan surau terbabit.

Menurutnya, sebagai manusia, mereka berhak menikmati kehidupan yang tenang dan tenteram tanpa diganggu dengan kebingitan bunyi dari pembesar suara atau apa jua faktor gangguan.

Malah, katanya, sudah tentu dalam kalangan penduduk itu ada yang sakit, orang tua yang uzur, anak kecil, pekerja yang ingin berehat atau tidur setelah penat bekerja dan pelajar yang mengulang kaji pelajaran.

Terdahulu Gabungan NGO Islam Pulau Pinang menghantar memorandum bantahan terhadap larangan tersebut kepada Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri, Mohd Abdul Rahman Ismail di Seri Mutiara.

Difahamkan, memorandum itu akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 26 Oktober ini.

author avatar
Zulkifli Mat Rawi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat