UMNO Yakin Agong & Majlis Raja-Raja Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat

- Advertisement -

SHAH ALAM – UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk rakyat bagi membantu mengekang penularan Covid-19.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia selepas media melaporkan bahawa Seri Paduka Baginda dan Raja-raja akan berunding esok.

“Sudah tentu Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja-raja akan membuat keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan pandemik Covid-19. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Seri Paduka Baginda hari ini dilaporkan bertitah akan bertemu dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, majlis itu bagi membincangkan dan memperhalusi syor-syor yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sesi menghadap Al-Sultan Abdullah semalam.

Sesi menghadap berlangsung selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pagi semalam. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat