Azmin Dakwa Guan Eng Tak Bincang Dengan Kabinet PH Berkaitan Projek RM6.61 Bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebanyak 101 projek dengan perolehan berjumlah RM6.61 bilion telah ditawarkan secara rundingan terus.

Pendedahan itu menyebabkan Ahli Parlimen kerajaan mendesak bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan kepada awam berhubung peruntukan yang begitu besar dilakukan secara rundingan terus.

Beliau ditekan bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen kerajaan iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling-BN), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Malim-BN) dan Datuk Sei Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) supaya mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat.

Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut bangun mencelah, dengan mendedahkan peruntukan itu tidak pernah dibincang dalam Mesyuarat Kabinet.

“YB Bagan (Lim Guan Eng) tidak pernah bincang peruntukan RM6.61 bilion ini dalam Mesyuarat Kabinet,” katanya di Parlimen, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun juga turut bangun untuk mengesahkan dakwaan Mohamed Azmin bahawa tidak ada sebarang agenda berhubung peruntukan itu untuk dibincangkan kepada Kabinet.

Pendedahan ini mencetuskan kekecohan apabila ada di kalangan Ahli Parlimen pembangkang cuba menyangkal dakwaan Mohamed Azmin.

Suasana dewan menjadi kecoh apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang bangun dan menempelak Azmin sambil berkata, Ahli Parlimen Gombak itu juga berada dalam kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Ada juga yang mendesak Tengku Zafrul mendedahkan senarai projek runding terus itu bagi menyokong pendedahannya itu.

Dalam suasana kecoh itu Azmin terus mengulangi kenyataannya bahawa sememangnya tidak pernah dibentangkan dalam Kabinet perihal projek rundingan terus yang bernilai RM6.1 bilion itu. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat