Rakyat Britain Rasai Tekanan, Harga Petrol Naik Kepada RM12.92 Seliter (£2.39/L)

- Advertisement -

LONDON – Inflasi dan krisis kos sara hidup yang semakin buruk menyebabkan penduduk dunia termasuk Britain mula merasai tekanan akibat kenaikan mendadak harga komoditi seperti petrol, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ramai pemandu berdepan kenaikan harga petrol dengan stesen-stesen minyak di London meletakkan harga £2.39 (RM12.92) untuk satu liter.

Bagaimanapun, Britain tidak menduduki senarai 10 teratas untuk harga petrol paling tinggi, demikian menurut laporan terbaharu Global Petrol Prices.

Negara itu berada di tempat ke-12 dengan harga purata £1.869 (RM10.11) untuk seliter petrol di belakang Israel yang mencatat harga £1.879 (RM10.16) seliter.

Petrol paling mahal di dunia adalah di Hong Kong dengan harga purata £2.449 (RM13.24) seliter. Petrol paling murah pada masa ini pula adalah di Venezuela dan berharga cuma £0.018 (RM0.097) seliter.

Global Petrol Prices menyatakan bahawa harga purata petrol di seluruh dunia ialah £1.19 (RM6.43) seliter. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dari segi harga antara negara-negara di dunia.

Negara kaya cenderung mengenakan harga lebih tinggi, manakala negara miskin serta negara pengeluar dan pengeksport minyak mempunyai harga yang lebih rendah.

Pengecualian bagaimanapun berlaku pada Amerika Syarikat yang umumnya mempunyai harga petrol £1.120 (RM6.06) seliter.

Harga petrol berbeza antara negara-negara disebabkan cukai dan subsidi yang dikenakan oleh kerajaan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat