Isham Ganti Tajuddin Ahli MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO menamakan Isham Jalil sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang disingkir.

Dalam perkongsian Facebook ahli MKT, Datuk Dr Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Isham sambil berkongsi gambar beliau mengangkat sumpah.

“Tahniah saudara Isham Jalil,” ucap Puad.

Hari ini Isham memaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjemput beliau untuk menghadiri sesi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada malam ini.

“Terima kasih kerana sudi jemput saya untuk menghadiri sesi mesyuarat bagi badan tertinggi parti pada malam ini.

“Saya akan hadir. Sebagai ahli UMNO dari akar umbi, saya akan bantu parti dengan apa yang termampu untuk kepentingan rakyat dan negara,” catat Isham.

Sebelum ini, Isham ditamatkan khidmat sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) selepas parti menyatakan jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat