Elaun Warden Sekolah Asrama Naik 25 Peratus – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menaikkan kadar elaun warden sekolah berasrama sebanyak 25 peratus.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bermula 1 Ogos ini, kadar baharu elaun ketua warden ialah RM350 sebulan, manakala warden pula RM300.

Menurutnya melalui penambahbaikan ini bilangan warden asrama ditambah seramai 3,813 orang daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang.

“Pertambahan bilangan ini akan membolehkan penggiliran bertugas warden asrama dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama. ni melibatkan peningkatan sebanyak 63 peratus,”

“Untuk makluman, kali terakhir kadar elaun warden asrama disemak adalah pada 1997,” kata Mohd Radzi menerusi video pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Beliau turut memaklumkan penambahbaikan juga dilakukan kepada portfolio warden asrama di 1,874 buah sekolah berasrama bawah KPM.

“Pertambahan bilangan warden asrama dan kenaikan kadar EWA ini melibatkan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM18,990,480 setahun.

“KPM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) di atas kelulusan kepada permohonan penambahan jumlah warden dan kenaikan kadar EWA,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat