‘Ada yang menangis tiada duit beli makanan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan ketidaktentuan bila penularan COVID-19 pulih, penggiat muzik seperti penyanyi, pemuzik dan pengkarya yang mencari rezeki dalam bidang ini hilang punca pendapatan.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan, 62, mendakwa dihubungi ahli yang mengadu dan menangis berikutan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan.

“Saya sedih mendengar keluhan ramai kawan-kawan seperjuangan. Ada antara mereka menelefon saya menangis kerana tidak tahu hendak buat apa lagi.

“Mereka mengadu tiada wang untuk makan, bayar sewa rumah, bil elektrik, air, pinjaman kereta dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Semalam, BH melaporkan, memasuki Julai 2021, hampir dua tahun penggiat seni di Malaysia menanggung impak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan industri kreatif lumpuh.

Kepayahan itu lebih dirasakan penggiat muzik terutama penyanyi dan pemuzik berikutan larangan penganjuran acara persembahan, penutupan premis hiburan seperti kelab malam dan ‘lounge’ serta aktiviti ‘busking’ di pusat beli-belah.

Sejak menularnya wabak berbahaya itu, penyanyi, pemuzik dan promoter atau penganjur acara termasuk konsert terputus mata pencarian.

 

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan.
Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Datuk Malek Ridzuan.

Malek berkata, PKP yang sudah tiga kali dilaksanakan memberi impak besar kepada anak seni terutama penggiat muzik.

Tambahnya, bantuan pelbagai bentuk yang dihulurkan kerajaan perlu mengambil kira nasib penyanyi dan pemuzik yang terjejas pendapatan.

“Sekurang-kurangnya berilah sumbangan barangan dapur… Jadi, bolehlah kami teruskan kehidupan,” katanya.

Malek juga berharap wakil rakyat mengambil berat terhadap kebajikan penggiat seni yang hilang sumber rezeki.

“Janganlah pentingkan hal politik. Untuk calon wakil rakyat, jangan hanya mengutamakan kami ketika hendak bertanding dan sanggup buat apa sahaja.

“Namun, apabila sudah dapat jawatan, kami semua menjadi mangsa,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,542FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat