Video Tiktok pertama Avril Lavigne dapat reaksi luar biasa

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Avril Lavigne, 36, membuka akaun TikTok rasminya dan menerima reaksi luar biasa daripada peminat seluruh dunia menerusi video pertamanya.

Video terbabit menampilkan lagu fenomenanya, Sk8er Boi yang cukup popular dan dilancarkan pada 2002.

Lebih istimewa, video itu turut menampilkan pemain skateboard atau papan luncur legenda, Tony Hawk, 52.

Paling menjadi bualan semestinya paras rupa Lavigne yang seakan tidak dimamah usia. Dia masih kelihatan seperti remaja dan mendapat pujian ramai.

Peminat turut teruja kerana sudah lama menantikan gandingan mereka. Ini kerana Hawk adalah individu penting ditujukan penyanyi itu dalam lagu berkenaan.

Rata-rata peminat setianya seronok apabila Lavigne berjaya mengembalikan nostalgia waktu persekolahan mereka.

Ada juga mengusiknya dengan panggilan puntianak kerana masih kelihatan muda.

Setakat ini, video berkenaan berjaya mendapat tontonan lebih 21.9 juta dan 4.7 juta tanda suka. Jumlah pengikutnya pula sudah mencecah 1.6 juta.

Lavigne mencipta fenomena pada awal 2000 dengan membawakan imej yang sangat unik. Fesyen ikoniknya juga turut menjadi ikutan jutaan peminat seluruh dunia ketika itu.

Selain Sk8er Boi, Lavigne turut popular dengan lagu Complicated dan Girlfriend.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat