DNB punya susu, Fahmi dapat nama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –  Masa depan Digital Nasional Berhad (DNB) kini menjadi semakin tidak menentu susulan pengumuman peralihan daripada pemborong rangkaian tunggal (SWN) kepada dwi pemborong rangkaian (DWN).

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Digital dan Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan liputan rangkaian 5G dilaksanakan DNB kini sudah mencecah 57.8% dengan 4,634 tapak 5G ditawarkan di seluruh negara. Usaha DNB kini semakin menghampiri sasaran 80% liputan 5G menjelang hujung tahun ini.

Fahmi turut mendedahkan yang liputan 4G yang digerakkan oleh syarikat telekomunikasi negara kini mencecah 96.4%. Untuk rekod, telko mula melaksanakan 4G sejak 2013 dan sehingga kini masih belum mencapai 100% liputan seluruh negara. Pelaksanaan 4G Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara lain, termasuk Korea Selatan yang memulakannya pada 2012 dan sudah mencapai tahap 100%.

DNB mula menggerakkan pelaksanaan rangkaian 5G pada Disember 2021 selepas melantik kontraktor utama, Ericsson, untuk melaksanakannya.

Ironinya, Fahmi pada 3 Mei lepas mengumumkan pemecahan monopoli pelaksanaan 5G diberikan kepada DNB, memilih untuk memihak kepada telko dengan mewujudkan pemborong kedua 5G yang menurut jangkaan penganalisis akan terdiri daripada konsortium telko.

Fahmi turut dilaporkan berkata yang kementeriannya akan memastikan DNB mencapai sasaran 80% liputan 5G di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pelaksanaan 4G digerakkan telko pula terpaksa menerima rangsangan dasar kerajaan menerusi Jendela yang kini berada dalam Fasa 2 bermula 2023 hingga 2025.

Pengumuman pengenalan pemborong kedua 5G dibuat Putrajaya di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan mencetuskan pelbagai kebimbangan tentang masa depan DNB walaupun syarikat milik kerajaan itu terbukti berkemampuan menjadi pelaksana tunggal 5G negara.

Perubahan dasar Kerajaan yang kelihatan lebih memihak kepada syarikat telekomunikasi berbanding kemaslahatan rakyat dianggap sebagai tidak munasabah malah turut mengundang kerisauan pengguna, di sebalik perkhidmatan 4G yang kian merosot baru-baru ini.

Antara pertanyaan yang ditimbulkan di media termasuklah masa depan perniagaan DNB serta kakitangan yang telah bertungkus lumus memastikan infrastruktur 5G negara dilaksanakan dalam masa yang singkat. Turut menjadi pertanyaan adalah siapakah yang akan menanggung beban hutang DNB yang dikatakan mencecah RM11 bilion.

Ramai yang turut hairan berkenaan pernyataan tidak konsisten oleh Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil berkenaan isu ini, kerana YB Fahmi pada awalnya telah menyatakan bahawa pelaksanaan 5G negara hanya akan melalui DNB.

Rujukan: https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/05/21/5g-rollout-is-on-the-right-track

Oleh:

Jamilah Isa,
Kuantan, Pahang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat