Jangan langgar garis sempadan antara parti – Ketua Pemuda Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tugas Pemuda Umno adalah untuk memastikan garis sempadan sesama parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak dilanggari.

Ketua Pemuda Umno YB Dr Akmal Saleh tegas memberi amaran sekiranya garis sempadan dalam kerjasama politik itu dilanggari maka Pemuda Umno tidak akan berkompromi untuk mempertahankannya.

“Semua parti politik di dalam negara ini pernah duduk bersama kerana itulah dinamika politik yang berlaku.

“Dengan siapa pun kita bersama,tugas Pemuda Umnl adalah untuk memastikan garis sempadan sesama parti tidak dilanggari.

“Dan jika dilanggari sama ada secara sengaja ataupun tidak,kami tidak akan berkompromi untuk mempertahankannya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Akmal, parti politik adalah platform untuk membantu rakyat di bawah,bukan untuk menyusahkan lagi hidup mereka.

“Kini rakyat memerlukan pemimpin yang politiknya matang dan progresif tanpa meninggalkan prinsip perjuangannya demi agama ,bangsa dan negara,” ujarnya.

Amaran itu bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana parti atau individu dan pemimpin parti-parti yang pernah atau sedang bekerjasama dengan Umno.

Baru-baru ini Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon, mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno supaya memberi perhatian kepada parti komponen BN dan bukannya gabungan lain.

Sin Woon dipercayai merujuk kepada kenyataan Zahid yang menggesa penyokong BN menyokong PH, termasuk seteru tradisional mereka DAP, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat