NAFAS perlu ‘kerja keras’ atasi bekalan ayam, dedak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia sewajarnya sudah lama dapat menjadi seperti negara jiran, Thailand, yang mampu menyediakan bekalan ayam untuk pasaran eksport dunia, tetapi sayang sekali, Malaysia jauh ketinggalan dalam industri penternakan dan pertanian.

Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pejuang Muda, Mohd Danial Don Alfian menegaskan, kestabilan harga ayam, harga dedak ayam dan ternakan ruminan hanya dapat terlaksana jika negara sendiri dapat menghasilkan sumber bekalan makanan ternakan sekali gus mengurangkan kebergantungan import.

Menurut beliau kerajaan telah mengarahkan untuk menghentikan ekport ayam ke luar Malaysia dan juga sedang merencanakan beberapa pelan jangka masa pendek untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan ayam.

Pun begitu, kata Danial persoalan yang berbangkit adalah apakah kewajaran usaha mengeksport bekalan ayam dari Malaysia ke luar negara sedangkan bekalan ayam dalam negara tidak mencukupi.

“Buktinya, jika bekalan ayam selama ini mencukupi untuk pasaran domestik, rakyat tidak akan pernah terbeban dengan ketidaktentuan harga ayam.

“Negara pun tidak perlu bergantung untuk mengimport bekalan ayam dari negara jiran, sebagai contoh Thailand,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Rentetan krisis itu, beliau berkata, Pejuang Muda ingin menyarankan pada pihak kerajaan untuk memandang serius perkara ini memandangkan ayam merupakan sumber makanan yang tinggi kebergantungan penggunaannya.

Danial berkata, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai contoh diharapkan dapat merangka semula pelan pembangunan strategik untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan ayam dalam Malaysia.

“Melahirkan belia-belia muda yang akan terlibat dalam penternakan ayam berskala kecil ke sederhana. NAFAS perlu mewujudkan sistem ‘Contract Farming’ dengan lebih banyak lagi agar masalah kebergantungan stok pada satu pihak sahaja, dapat diatasi.

“Selain itu, meningkatkan pengeluaran ayam seluruh negara agar dapat mengurangkan kebergantungan ayam import dari negara luar. Juga memperbanyakkan usahawan kecil sederhana dalam penternakan ayam dapat menjana ekonomi setempat dan juga mempelbagaikan penghasilan produk-produk hiliran berasaskan ayam,”saran Danial.

Kemudian cadang beliau lagi, mengurangkan kebergantungan import jagung dan memulakan penanaman jagung dengan skala besar kerana tumbuhan jagung merupakan bahan asas penghasilan dedak ayam dan ternakan ruminan.

Langkah-langkah ini seharusnya dilaksanakan dengan kadar segera kerana pembatalan AP import dan pembatalan eksport hanyalah penyelesaian jangka masa pendek dan impaknya hanyalah sementara, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat