UMNO Johor nafi ‘boikot’ Onn Hafiz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Johor tidak pernah menolak Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Seri Mohammad Hasni selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu berkenaan tidak timbul sama sekali dan parti tersebut di Johor tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Onn Hafiz untuk menerajui kerajaan negeri.

“Tidak pernah ada penolakan tapi UMNO Pasir Gudang beri sokongan penuh kepada kepimpinan Onn Hafiz dan apa yang penting kerajaan sedia ada mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

“Sokongan ini supaya beliau berjaya pimpin negeri Johor dan tingkat kedudukan kecemerlangan Johor. Kita di Pasir Gudang beri sokongan kepada Menteri Besar Johor,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang memetik Sinar Harian di Johor malam tadi.

Khaled mengulas sama ada Onn Hafiz ketika ini menerima sokongan penuh daripada UMNO Johor sebagai Menteri Besar Johor selepas dakwaan UMNO negeri tidak memberi sokongan kepadanya semasa di peringkat awal menjawat jawatan itu.

Mengenai cabaran sama ada BN dan UMNO mampu mengekalkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khaled yakin gabungan tersebut akan dapat menarik sokongan rakyat.

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, apa yang penting kerajaan dapat berkhidmat dan menyelesaikan semua masalah dihadapi rakyat.

“Soal PRU bila itu hak Perdana Menteri, tetapi sebagai pemimpin parti kita tentunya ada perkiraan dan pertimbangan yang dirasakan sesuai atau tidak sesuai mengadakan PRU. Sekarang momentum memang ada tapi kadang-kadang bukan asas (menang PRU) pada momentum sahaja.

“Kita yakin kekalkan momentum bergantung pada prestasi kerajaan negeri dan Pusat, kalau perkhidmatan yang diberi dijaga dengan baik mungkin momentum itu berpanjangan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, beliau berkata, keputusan tersebut akan ditentukan pucuk pimpinan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat