Guru, Kakitangan KEMAS Dibenar Berpolitik Bukan Perkara Baharu – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

GUA MUSANG – “Keputusan kerajaan membenarkan guru dan petugas Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kembali berpolitik adalah bersifat mengembalikan semula peraturan lama,” jelas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, kebenaran itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ianya bukanlah perkara baharu dan telah diamalkan sebelum ini.

“Guru KEMAS dan juga Penyelia KEMAS, mereka bukan kategori DG, mereka di bawah KEMAS seperti Perdana Menteri sebut dibolehkan.

“Guru kemas tiada masalah dari dahulu (terlibat dalam politik), tetapi zaman PH (Pakatan Harapan) dia keluarkan satu pekeliling, sekarang bukan zaman PH, macam dahulu baliklah sebenarnya.

“Sebenarnya dari dahulu guru-guru boleh terlibat dengan politik, di zaman Pakatan Harapan, dia keluarkan Pekeliling dia hentikan terus kalau siapa yang pegang jawatan akan ambil tindakan, sedangkan dahulu tidak ada macam itu.

“Kalau sebut parti politik, maksudnya aktif dalam semua parti politik, ada yang jadi kerajaan dan ada yang jadi pembangkang,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Lembagan Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, hari ini.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata, kebenaran tersebut bagaimanapun sedikit berbeza dengan guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mempunyai struktur perjawatan yang membabitkan jawatan diperingkat pengurusan.

“Maksudnya guru-guru yang tidak memegang jawatan pengurusan, guru-guru ini adalah paling ramai sekali adalah dari DG41, akan naik hingga ke DG54 dan ke Jusa, dalam perkhidmatan guru tidak banyak yang boleh naik hingga ke Jusa sebab tidak banyak perjawatan itu, jadi dia akan berhenti di DG54.

“Tetapi kalau DG54 dia jadi PPD (Pegawai Pendidikan Daerah) atau Pengetua Sekolah atau bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri, itu ada masalah sikit kalau nak pegang jawatan dalam politik sebab dia ada jawatan yang dia pegang,” jelas Mahdzir.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan golongan pendidik seperti guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibenarkan bergiat aktif dalam politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata, serentak dengan itu pekeliling terdahulu yang memberi amaran dan menyekat golongan pendidik daripada berpolitik sudah tidak terpakai.

Jelasnya perkara tersebut telah dibincangkan secara mendalam dan Kabinet sudah memutuskan untuk memberi kebenaran itu sebagai menghormati semangat demokrasi di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat