Bekas Pengerusi Bersatu Johor Enggan Tanding Wakili Bersatu

- Advertisement -

CYBERJAYA – “Saya tidak mungkin bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Memetik laporan Sinar, Mazlan yang juga bekas Pengerusi Bersatu Johor menjelaskan beliau masih ahli parti itu dan akan memutuskan masa depan karier politiknya dalam masa terdekat.

“Sehari dua lagi saya akan buat keputusan, namun yang pasti saya tidak akan bertanding PRN Johor atas tiket Bersatu,” katanya.

Mazlan berkata beliau dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak sehaluan kerana perbezaan prinsip perjuangan.

“Ini kerana saya tidak sehaluan lagi dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak nampak ada masa depan jika terus bersama parti itu.

“Bersatu bukan milik Muhyiddin kerana pemimpin boleh bersilih ganti, namun saya tidak mungkin terus bersama parti itu yang dipimpin beliau, kerana prinsip kami tidak sama.

“Setakat ini tiada parti yang menawarkan apa-apa kepada saya, cuma akan datang saya tidak pasti.

“Tunggulah sehari dua nanti saya putuskan haluan politik saya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat