Kami lapar, kenapa hentikan bantuan makanan soal orang Asli

- Advertisement -

Seremban – Masyarakat orang asli di Kampung Jeram mempersoalkan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberhentikan bantuan makanan bermasak untuk semua mangsa banjir yang terlibat.

Menurut Pengerusi JKKK Kg Orang Asli Jeram Kedah, Sam anak Chen, 52 mereka ketika ini sedang berada dalam kelaparan kerana tiada lagi bantuan makanan yang diberikan sejak semalam.

“Sebelum ini JKM ada beri bantuan makanan bermasak selama 2 hari, namun saya dimaklumkan mereka terpaksa menghentikan bantuan tersebut atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

“Mereka semua dalam kelaparan, ditambah dengan anak-anak kecil yang langsung tidak menjamah makanan sejak pagi tadi. Mohon pihak yang bertanggungjawab segera hantar bantuan makanan. Kenapa hentikan bantuan makanan bermasak yang diberikan sebelum ini? soalnya.

Menurut Sam lagi, mereka turut mengharapkan pihak kerajaan untuk segera membaiki jambatan di kampung mereka yang telah rosak ekoran musibah yang melanda baru-baru ini.

“Rata-rata orang kampung masih tak boleh balik ke rumah untuk mencuci rumah dan meneruskan kehidupan jadi mereka terpaksa menumpang di balai raya dan rumah saudara mara dikawasan sekitar.

“Saya menyeru agar jambatan di kampung kami segera dibaiki agar kami dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala,” katanya pula.

Menurut rekod banjir yang bermula sejak Sabtu lalu telah memberi kesan terhadap 386 penduduk melibatkan 107 keluarga.

Sementara itu menurut Tok Batin Kg Jeram Kedah, Yusof Alman, 64 hanya NGO yang sudi datang dan bertanya khabar kami manakala di pihak kerajaan seperti melepaskan batuk di tangga.

“Apalah nasib kami di sini, bantuan untuk orang asli seperti tak nampak bayang dan kami merasakan seperti di anak tirikan.

“Selain jambatan saya merayu agar pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan peralatan membersih rumah seperti water jet dan sebagainya,” katanya pula.

Yusof turut mengesa agar kerajaan negeri dapat turun padang bagi meninjau masalah yang dihadapi mereka.

“Semua barang kelengkapan rosak teruk baju, tilam bantal semua musnah disebabkan banjir, jadi kalau boleh saya mohon kerajaan negeri dapat segera memberikan bantuan bagi meringankan beban penduduk.

“Masyarakat orang asli di sini hidup secara ala kadar, namun apabila bencana ini melanda kami seperti hilang segalanya,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat