“Semua bantuan dan asset diuruskan dan telah digerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Pusat.” Kata Ismail Sabri Yaakob Sidang media khas YAB Perdana Menteri, di Cyberjaya, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan arahan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membuat laporan harian kepada seluruh rakyat bermula hari ini.

Dalam ciapan Twitter pada Khamis, Ismail Sabri menegaskan mahu penglibatan seluruh barisan hadapan kerajaan untuk menguruskan bencana.

Perdana Menteri menuntut barisan hadapan berada pada tahap sentiasa bersedia.

“Saya telah mengarahkan NADMA, PDRM, bomba dan ATM untuk membuat laporan harian kepada seluruh Keluarga Malaysia mulai hari ini.

“Penglibatan daripada seluruh barisan hadapan kerajaan yang membantu bencana ini harus berada di tahap sentiasa bersedia,” kata Ismail Sabri.

Beliau menyenaraikan jadual sidang media harian seperti berikut;

10 pagi : Ketua Polis Negara
12 tengah hari : Panglima Angkatan Tentera
2 petang : Ketua Pengarah Bomba
4 petang : Ketua Pengarah NADMA

“Saya yakin laporan ini dapat memberi gambaran jelas situasi terkini bencana di seluruh negara,” ujar Perdana Menteri.