Kenapa Senyap Isu Keluarga Zeti Berkaitan 1MDB, Apa Maklumat Disembunyikan? – Shabery

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ramai pejuang yang menentang kleptokrat tidak berbunyi apabila timbul pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sedangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah menjawab soalan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Parlimen semalam yang kerajaan hanya mendapat tahu pada 2019 bahawa wang yang dikaitkan dengan 1MDB disimpan dalam akaun milik suami Zeti, Datuk Tawfiq Ayman.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tentu Perdana Menteri Perikatan Nasional mengetahuinya.

”Banyak isu terkeluar memerlukan penjelasan yang lebih jelas.

”Apakah banyak maklumat sengaja disembunyikan? Apakah ada yang bimbang sekiranya naratif mereka selama ini akan bertukar plot?” soalnya sambil mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen (PKR) kerana bersuara mengenainya.

Ahmad Shabery juga berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad (yang menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Parlimen Gelang Patah), Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson) supaya jangan lambat sangat bertindak.

Tambahnya, Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) dan PKR boleh bersiap-siap ke jalan raya apabila keadaan mengizinkan.

Pada Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan Commercial Affairs Department Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil kepada kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$$ 864,813.27.

Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Bekas Gabenor Bank Negara itu juga merupakan antara salah seorang saksi dalam perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Razak. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat