Mahathir Guna SPRM Ugut Adun BN Sabah Selepas PRU14 – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan pembohongan amat jelas apabila mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) menang di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Warisan tidak menang di Sabah pada PRU ke-14 kerana yang membentuk kerajaan ialah Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

”Lalu Tun Mahathir gunakan SPRM untuk ugut ADUN-ADUN kerajaan BN Sabah kononnya mereka dibayar wang untuk sokong Musa Aman.

”Rumah digeladah, wakil rakyat disoal siasat berhari-hari. Namun satu celah bukti pun tidak dapat dicari untuk menyokong tuduhan Tun Mahathir. Lalu parti UPKO yang bertanding atas tiket BN melompat ke Warisan untuk menjatuhkan kerajaan BN Sabah,” tegas Najib.

Namun, katanya, UPKO telah dihukum warga Sabah sebab melompat pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu setelah mereka kalah 6 daripada 7 kerusi yang ditandingi parti itu.

Presiden UPKO sendiri pun kalah, ujar beliau.

Najib menegaskan kenyataan Dr Mahathir yang menyebut kerajaan pintu belakang itu sebenarnya adalah Warisan kerana Musa tidak dibenarkan berjumpa dengan Yang Dipertua Sabah lalu digugurkan jawatan untuk membenarkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan cara yang melanggar perlembagaan.

”Ini telah disahkan mahkamah,” katanya.

Tambah Najib, selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Warisan dan Shafie hilang sokongan majoriti kepada Musa maka kerajaan negeri itu tumbang.

Tetapi Shafie membuat kenyataan bahawa beliau sanggup mati daripada serah kembali kuasa sebagaimana beliau rampas kuasa melalui pintu belakang selepas PRU14.

”Sebab dia sendiri kata dia sanggup mati maka dia bubarkan DUN untuk mengadakan PRN Sabah. Keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh majlis Presiden PH (Pakatan Harapan),” kata beliau lagi.

Najib berkata, beliau sendiri membantah pembubaran DUN untuk PRN, begitu juga dengan Musa.

Lantaran itu, Musa bersama 32 ADUN Sabah terpaksa memohon sebanyak tiga kali kepada mahkamah untuk batalkan keputusan bubar DUN tapi semuanya kalah.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beberapa kerajaan negeri bertukar tangan selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020 tetapi sekali pun DUN tidak dibubar.

”Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN. Sebab itu, Shafie bukan terpaksa bubar tetapi dia sanggup mati dan membahayakan nyawa warga Sabah untuk kekalkan kuasa dia,” tegas Najib.

Oleh itu, Najib berkata, Dr Mahathir jangan cuba hendak membohongi rakyat lagi untuk salahkan Perikatan Nasional atau BN.

”Kamu watak utama yang salah gunakan kuasa untuk tumbangkan kerajaan BN Sabah selepas PRU14,” ujar Najib. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat