KUALA LUMPUR, 25 November 2026 – Pengguna telefon pintar yang mementingkan prestasi, khususnya kaki gaming dan mereka yang gemar menikmati kandungan multimedia, boleh mula menantikan kehadiran iQOO 16 Series yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada 8 Disember ini.
Menariknya, siri terbaharu daripada iQOO Malaysia itu hadir dengan dua model berbeza, iaitu iQOO 16 dan iQOO 16s, yang masing-masing menawarkan kelebihan tersendiri bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini.
Jika iQOO 16 lebih memberi tumpuan kepada prestasi tinggi dengan teknologi pemprosesan generasi baharu, iQOO 16s pula tampil sebagai pilihan yang mengutamakan keseimbangan antara kuasa, ketahanan bateri dan pengalaman penggunaan harian.
Bagi mereka yang gemar bermain permainan mudah alih, iQOO 16 pastinya menjadi antara model yang menarik perhatian. Peranti ini dilengkapi pemproses Snapdragon® 8 Elite Extreme Gen 6 berasaskan teknologi 2nm, selain digandingkan dengan Supercomputing Chip Q4 dalam konfigurasi dwi-cip.
Gabungan kedua-dua cip ini bukan sahaja menjanjikan pemprosesan yang lebih berkuasa, malah turut meningkatkan keupayaan grafik menerusi sokongan Full-Scene Ray Tracing. Teknologi berkenaan membolehkan pencahayaan, pantulan dan perincian visual dalam permainan yang disokong kelihatan lebih realistik.

Pengalaman tersebut turut dipadankan dengan paparan Samsung M16 2K 165Hz yang dibangunkan bersama Samsung Display. Dengan kadar segar semula 165Hz, pengguna boleh menikmati pergerakan skrin lebih lancar ketika bermain permainan, menonton video mahupun melayari media sosial.
Paparan berkenaan turut menawarkan kecerahan puncak global sehingga 2,800 nits dan kecerahan puncak setempat 10,000 nits, sekali gus membantu memastikan kandungan pada skrin kekal jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Dari sudut penampilan pula, iQOO 16 membawa identiti tersendiri menerusi pilihan warna Matrix yang menggunakan Teknologi Pengimejan Holografik Laser. Teknologi ini menghasilkan tekstur visual seakan-akan tiga dimensi pada bahagian belakang telefon, dilengkapi Modul Kamera Frontier dengan corak geometri yang memberikan sentuhan moden dan futuristik.
Sementara itu, pengguna yang lebih mengutamakan ketahanan bateri mungkin akan tertarik dengan iQOO 16s. Model ini menggunakan Platform Mudah Alih Snapdragon® 8s Gen 4 dan hadir dengan bateri BlueVolt Ultra-Nipis berkapasiti 7,650mAh.
Kapasiti bateri yang besar itu pastinya menjadi antara tarikan utama, terutama bagi mereka yang banyak menggunakan telefon untuk urusan kerja, hiburan dan komunikasi sepanjang hari tanpa mahu terlalu kerap bergantung kepada pengecas.
Tidak ketinggalan, iQOO 16s turut dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.59 inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula 144Hz. Paparan yang menyokong 1.07 bilion warna dan kecerahan puncak setempat sehingga 5,000 nits itu memberikan pengalaman visual yang lebih terang dan terperinci.
Secara keseluruhannya, kedua-dua model ini membawa pendekatan berbeza dalam memenuhi kehendak pengguna. iQOO 16 lebih sesuai untuk mereka yang mahukan prestasi pemprosesan dan grafik pada tahap tinggi, manakala iQOO 16s menawarkan gabungan bateri besar, paparan lancar serta prestasi untuk kegunaan seharian.
Apa yang lebih menarik, pengguna yang tidak sabar untuk mendapatkan peranti ini boleh membuat pra-tempahan bermula 24 November hingga 7 Disember 2026 dengan deposit serendah RM1.
Pelanggan yang menyertai kempen berkenaan berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah iQOO 16, selain pelbagai hadiah menarik lain dengan nilai keseluruhan sehingga RM16,000.
Pembeli awal turut berpeluang menikmati beberapa ganjaran tambahan termasuk ganjaran minyak PETRONAS bernilai RM50, diskaun ahli RM200 serta pelbagai manfaat eksklusif lain.
Walaupun harga jualan rasmi dan maklumat ketersediaan masih belum diumumkan, kehadiran dua model dengan fokus berbeza ini pastinya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang sedang mencari telefon pintar baharu.
Untuk maklumat lanjut mengenai iQOO 16 Series dan kempen pra-tempahan, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi iQOO Malaysia serta mengunjungi kedai rasmi iQOO di Shopee.



