Dana 1MDB: Syarikat suami Zeti wajar disiasat SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara (BNM) digesa menyiasat Tan Sri Zeti Akthar Aziz susulan pengesahan mengenai dana berkaitan 1MDB berjumlah RM65 juta telah dipegang syarikat milik suami bekas Gabenor bank pusat itu.

Desakan itu disuarakan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen hal ini katanya, ketika Zeti memegang jawatan itu, Bank Negara gagal melaksanakan tugas fidusiari untuk memaklumkan dan melaporkan pergerakan haram wang 1MDB berjumlah berbilion ringgit kepada pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Subang itu berkata, skandal pasti dapat dihalang jika Zeti telah melakukan tugasnya tanpa gentar atau pilih kasih.

“Ini jelas bahawa SPRM dan Bank Negara perlu menyiasat Zeti sepenuhnya,” katanya memetik FMT.

“Pendedahan bahawa suaminya menerima wang 1MDB berjumlah RM65 juta menimbulkan persoalan sama ada kegagalan melaporkan perkara itu adalah akibat desakan politik atau konflik kepentingan.”

Tambahnya, tindakan tegas perlu diambil supaya pegawai kanan kerajaan tidak bersubahat atau “menutup mata” terhadap skandal yang berpunca daripada golongan berkuasa pada masa akan datang.

Jumaat lalu, SPRM berkata ia telah berjaya mendapatkan semula aset berkaitan dengan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion setakat ini.

Katanya, ini termasuk pemulangan aset bernilai USD15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd yang dimiliki Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Tawfiq adalah suami Zeti, serta saksi dalam perbicaraan 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tawfiq sebelum ini pernah disoal polis berhubung dana 1MDB itu, namun tiada perkembangan lanjut mengenai siasatan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat