Arthur pengerusikan Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Mineral kali ke-11 hari ini

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup hari ini mula mempengerusikan Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Mineral (AMMin) kali ke-11 yang berlangsung di ibu negara serentak dengan Forum Pelaburan Mineral ASEAN 2026.

Mesyuarat dan forum berkenaan diadakan bermula semalam sehingga 26 November nanti.

Hari ini hari kedua program berkenaan akan memfokuskan kepada kerjasama mineral serantau antara kerajaan, pelaburan, hilirisasi dan pembangunan mineral lestari.

Pertemuan ini diadakan dalam konteks ASEAN yang semakin menekankan kepentingan mineral kritikal yang amat penting dalam penghasilan bahan untuk bateri, elektronik, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau sebagai asas daya tahan rantaian bekalan dan pertumbuhan serantau.

ASEAN juga telah mengisytiharkan Deklarasi Mineral Kritikal ASEAN untuk Daya Tahan Serantau dan Pertumbuhan Mampan, yang diterima pada November 2026 yang memberi amanah kepada AMMin untuk membangun dan melaksanakan Strategi Mineral Kritikal ASEAN.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan dari wakil setiap negara ASEAN yang hadir sebagai satu daripada agenda hari ini.

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) Satvinder Singh ketika memulakan mesyuarat berkata kerjasama rapat di antara kerajaan merupakan elemen paling penting dalam isu mineral di rantau ini kerana ia melibatkan mineral kritikal untuk yang digunakan meluas di seluruh dunia.

“Untuk menguruskan kerjasama berkaitan mineral khususnya melibatkan pelaburan sesekali akan menjadi rumit untuk diselesaikan, kerjasama yang rapat semua pihak amat penting,” katanya.

Sehubungan itu AMMin 2026 diadakan untuk mengintegrasikan rantaian nilai mineral ASEAN daripada hulu hingga hilir termasuk pemprosesan dan pembuatan bernilai tambah.

Ia juga untuk mempromosikan ASEAN sebagai destinasi pelaburan pembangunan mineral yang bertanggungjawab dan mampan.

AMMin juga akan memperkukuh perkongsian maklumat geologi, pembinaan kapasiti dan penggunaan teknologi perlombongan. – Suara TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat