Suami & Anak Zeti Akui Terima Wang 1MDB, Sebelumnya Zeti Nafi – Laporan

Pemecatan Lampard ‘Kekejaman Bola Sepak Moden’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata pemecatan Frank Lampard adalah sebahagian daripada 'kekejaman bola sepak moden'. Chelsea memecat Lampard, semalam selepas 18 bulan mengendalikan The Blues dan...

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

KUALA LUMPUR- Persoalan adakah bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Aziz, benar-benar tidak tahu tentang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib Razak? Atau sebaliknya?

Ini pertikaian yang timbul susulan pendedahan mengejutkan bahawa ahli keluarga beliau menerima wang daripada dana 1MDB.

Memetik laporan FMT , suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka, menurut akuan berkanun yang ditandatangani mereka pada Mac tahun lepas.

Wang itu dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka bertiga mengakui pemilik akaun itu.

SD itu, yang dilihat media FMT, adalah tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Pendedahan dalam SD itu menyusuli laporan oleh blog MalaysiaToday, yang dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, mendakwa suami Zeti dan anak-anak lelakinya menerima lebih RM100 juta ringgit daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jow atau Jho Low yang didakwa mendalangi skandal 1MBD.

Dakwaan itu disokong SD yang menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti mengaku menerima dana berkenaan dalam akaun bank mereka di Singapura.

Wang itu daripada syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low.

Susulan pendedahan itu,Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Zeti menjawab dakwaan berkenaan dan berkata bekas gabenor BNM itu sendiri yang menyarankan beliau membuka akaun bank bawah nama sendiri dan bukan atas nama UMNO untuk menerima “derma Arab”.

Bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa ada meminta Zeti memantau sebarang transaksi mencurigakan dalam akaun berkenaan.

Pada Julai 2018, Zeti nafi dakwaan Najib bahawa beliau tahu mengenai derma RM2.6 bilion itu, yang menurut Najib sumbangan daripada kerabat diraja Saudi kepada kerajaan, yang disalurkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun mempersoalkan logik di sebalik penafian Zeti itu.

“Mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, SD berkenaan menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti bersetuju menyelesaikan isu dana 1MDB itu dengan kerajaan Singapura.

Menurut SD itu, mereka bersetuju untuk memulangkan wang 1MDB dalam akaun mereka kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan.

SD suami dan dua anak Zeti membuat cadangan penyelesaian itu dengan merujuk kepada Seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura, berkenaan perampasan harta.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun mereka itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd, yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada Low.

Laporan itu mendakwa suami dan dua anak lelaki Zeti adalah juga pemilik Iron Rhapsody.

Bagaimanapun usaha mendapatkan komen Zeti masih belum berhasil.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...