Kamarudin Nafi Digugurkan Jawatan Pesuruhjaya PAS Melaka Kerana Kalah PRN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Datuk Kamarudin Sidek menafikan tindakan PAS Pusat menggugurkan namanya sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka ekoran kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan MalaysiaGazette, beliau berkata, pertukaran jawatan itu perkara biasa selepas tiga penggal menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

“No issue… ia pertukaran biasa sebab secara tradisinya jawatan pesuruhjaya dipegang hanya tiga penggal.

“Masa saya dah cukup, masa, jadi wajarlah PAS Pusat mengambil langkah menukarkan saya kepada orang lain.

“Tiada kaitan dengan PRN Melaka. PAS bukan hilang kerusi atau kurang kerusi, memang tak ada kerusi pun di Melaka sebelum ini.

“Jangan kaitkan ia dengan PRN Melaka,” ujarnya.

Terdahulu, PAS Pusat menerusi kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengguguran Kamarudin dibuat melalui Mesyuarat Kali Kedua, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 21 November 2021 yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Hanya Kamarudin tidak dikekalkan bagi sesi 2021-2023 manakala 13 lagi Pesuruhjaya Negeri masih penyandang yang sama, kata laporan itu.

Pada PRN Melaka baru-baru ini, Kamaruddin yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Duyong kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Noor Helmy Abd Halem.

PAS yang bersama-sama PN bertanding lapan kerusi dan gagal memenangi sebarang kerusi.

Dalam perkembangan lain, kelmarin, Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta selepas parti itu hanya menang empat kerusi daripada lapan yang ditandingi pada PRN Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat