PRN Melaka: PKR, PAS, Gerakan, Putra dan Bebas Tewas Di Semua Kerusi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti komponen utama Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR yang bertanding di 11 kerusi DUN dalam PRN Melaka kali ini gagal menang walaupun satu kerusi.

PKR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRU14 tahun 2018 lalu menang di tiga kerusi DUN.

Dalam pada itu, dua komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS dan Gerakan turut tewas di semua kerusi yang ditandingi.

PAS bertanding di lapan kerusi DUN, sementara Gerakan meletakkan calon di lima kerusi.

Sebelum PRN Melaka berlangsung, laporan media menyebut UMNO menawarkan kepada PAS untuk bertanding di antara tiga hingga lima kerusi DUN menerusi kerjasama Muafakat Nasional (MN) dengan menggunakan logo parti masing-masing.

PAS dilaporkan menolak tawaran itu, sebaliknya menuntut lebih banyak kerusi daripada UMNO, namun akhirnya rundingan gagal selepas parti itu mahu bertanding menggunakan logo PN dan mendapat peruntukan lapan kerusi untuk ditandingi.

Bersatu (PN) yang bertanding di 15 kerusi berjaya meraih kemenangan di dua kerusi – satu kerusi asal bekas KM Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan satu lagi kerusi DUN majoriti Melayu yang ditandingi calon MCA (BN) dan DAP (PH).

Amanah dan DAP, kedua-dua komponen PH masing-masing menang satu dan lima kerusi DUN.

Sementara itu, parti baru Putra dan Imam yang masing-masing bertanding di lima dan satu kerusi juga gagal meraih sebarang kerusi.

Semua 22 calon Bebas termasuk ‘YB Viral’ Norhizam Hassan Baktee tewas dalam pertarungan.

Secara rasmi, BN meraih kerusi tertinggi dalam PRN ini dengan kemenangan di 21 kerusi DUN, pertambahan 8 kerusi berbanding hanya 13 yang dimenangi pada PRU14.

UMNO (BN) merekodkan pencapaian terbaik dengan perolehan 18 kerusi DUN dimenangi, meningkat 5 kerusi berbanding sebelumnya.

Dua lagi komponen BN masing-masing menang dua kerusi (MCA) dan satu lagi dimenangi MIC.

Sejumlah 112 calon bertanding dalam PRN kali ini yang menyaksikan saingan di antara tiga hingga enam penjuru di 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat